Hari ni Mi n Abah akan sampai pukul 10 malam..lega rasanya bila ada orang tua yang lebih berpengalaman di samping kita di kala nasihat dan panduan mereka sangat diperlukan. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Amin.
Risau jugak aku bila Maymel asyik mengadu sakit-sakit..aku hanya mampu tenangkan perasaannya aje. Muka pun kena nampak konfiden..walaupun di dalam hati sebenarnya dah macam enjin F1.
Hari ini juga, bos aku khabarnya dah dapat surat tukar. Senyum lebar dari pagi bila JPA luluskan permohonan pertukarannya balik ke negeri asalnya. Mungkin juga gembira kerana yang tersayang juga di sana. Hmmm..macam pernah ku alami situasi ini..
Dulu bos aku dapat tukar, aku pun tukar sekali tidak lama lepas tu.
Sekarang bos aku tukar lagi, harapnya berlaku sekali lagi..dejavu!
No comments:
Post a Comment