Tuesday, July 20, 2010

3rd Anniversary

3 tahun lepas pada tarikh yang sama, hari ini adalah hari Jumaat. Hari di mana jantung aku paling kencang berdegup. Kerana hari itu juga lah aku akan berjabat tangan dengan tok kadi dan bakal bergelar seorang suami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Dan selepas hari itu, aku baru belajar mengenai tanggung jawab seorang suami. Aku juga belajar menghargai pengorbanan ibu dan bapa aku terhadap aku sebelum ini.

Hari ini aku bersama isteri tercinta dah ada seorang puteri yang comel dan bakal menerima seorang lagi orang baru dalam bulan November ni.

Harapannya semoga rumahtangga yang terbina ini akan kekal selamanya sehingga ke akhir hayat dan dirahmati Allah. Sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya.

To my other half, tiada kata yang lebih baik untuk aku luahkan.

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-3. I Love you So Much"


1 comment:

nmfairus said...

Tahniah.