Friday, December 26, 2008

Klinik, Merry Christmas Dan Selamat Tahun Baru

Maafkan aku..walaupun sedang di rumah mertua di Kota Kinabalu, aku tidak dapat kemana-mana kerana si comel aku kena jangkitan virus (kata doktor laa). Dia berak-berak, muntah-muntah dan ada ketikanya panas badan. Ada juga terdetik di hati aku, mungkinkah ini "rotavirus" yang kini agak femes dikalangan kanak-kanak??

Jadi, ke hulu dan ke hilir lah aku mencari klinik pakar kanak-kanak di bumi Sabah ini. Akhirnya ada jugak laa terjumpa klinik yang dicari-cari.

"Klinik Dr. Kuan. Pakar Kanak-Kanak"
Doktor Kuan tersebut memang bagus. Dulu di PPUM, doktor di sana menjolok kerongkong anak aku samapai berdarah. Tapi hairan aku kali ini, anak aku langsung tidak menangis dan tidak membantah..dengan 4 jenis ubat dan layanan mesra Doktor Kuan tersebut, bayarannya cuma RM55. It was worth every cent. Aku puas hati

SELAMAT HARI NATAL

Semalam Hari Natal (Krismas). Sepatutnya aku wish semua kawan-kawan yang beragama Kristian lebih awal. Tapi disebabkan keluarga mertua aku pun menyambut Hari Krismas, aku terlalu occupied dengan tugas-tugas di rumah dan juga sibuk dengan karenah anak perempuan ku itew...

Tetapi semalam agak istimewa kerana aku dan bakal suami adik ipar aku yang memasak..aku masak ikan sweet n sour (4 ekor) manakala bakal suami adik ipar aku menghidangkan udang goreng butter dan sup ketam. Bini aku pula apabila melihat aku agak kepenatan, membantu masak sayur goreng..mertua aku pula pulang dengan membawa sate..wah..ini sudah perfect..

Ramai jugak laa yang datang kerumah, termasuk keluarga bakal suami adik ipar aku itu. Makanan yang dimasak pun ngam-ngam habis. It was a good day to celebrate. Walaupun aku tak menyambut Krismas, tapi membantu orang lain berasa gembira pada hari tersebut memberi seribu makna dalam kehidupan.

SELAMAT TAHUN BARU

Lagi 5 hari, 2008 akan bertukar menjadi 2009. Harapnya rezeki aku dan para pelawat blog ini akan lebih dimurahkan oleh Nya.

Azam tahun baru?? Err..baru aku perasan, aku tak pernah ada azam tahun baru...
Ada cadangan??

1 comment:

Its me said...

selamat tahun baru 2009

moga lebih sukses sukses