Wednesday, November 07, 2007

PTD oh PTD

Aku baru je selesai membaca coretan dari blog anti PTD yang korang boleh baca disini.

Tetapi kali ini aku rasa sangat berbeza sekali. Walaupun hati aku sakit bila membacanya tapi hati aku jadi makin sakit bila memikirkan kebodohan pegawai-pegawai lain di skim yang sama dengan aku. Tidak terfikirkah akan mereka tentang tanggungjawab dan amanah rakyat yang dipikul?? BEtul jugak laa kata mereka bahawa harus diterapkan nilai agama dalam ujian pemilihan PTD sebab mereka-mereka yang buat taik ni takde rasa berdosa langsung. Terutama yang berkhalwat tu...

Semua manusia melakukan kesilapan..itulah ungkapan yang biasa aku dengar bila seseorang tu mengakui akan kesilapan masing-masing..

Aku akui orang skim lain pun sebenarnya lagi teruk dari skim M, tapi ingatlah wahai manusia skim M bahawa anda tidak boleh buat taik sepanjang perkhidmatan anda bersama Kerajaan. Seronok gak baca blog yang kutuk PTD sebab secara tak langsung PTD menjadi ikon buat skim-skim yang lain dan secara tak langsung juga, PTD muda boleh mengetahui serta menilai apa yang patut dan tak patut dibuat dalam perkhidmatannya..

Nway, thanks for the kutukan dan teguran. Bagi aku, aku terima segalanya dengan hati terbuka dan fikiran yang positif. Dah buat taik, kena mengaku laa..ye tak?? Tapi orang lain toksah laa baling batu sembunyi tangan..

No comments: