Friday, July 23, 2010




Aku cilok dari Sme..aku rasa dia pon cilok dari orang lain..

Tuesday, July 20, 2010

3rd Anniversary

3 tahun lepas pada tarikh yang sama, hari ini adalah hari Jumaat. Hari di mana jantung aku paling kencang berdegup. Kerana hari itu juga lah aku akan berjabat tangan dengan tok kadi dan bakal bergelar seorang suami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Dan selepas hari itu, aku baru belajar mengenai tanggung jawab seorang suami. Aku juga belajar menghargai pengorbanan ibu dan bapa aku terhadap aku sebelum ini.

Hari ini aku bersama isteri tercinta dah ada seorang puteri yang comel dan bakal menerima seorang lagi orang baru dalam bulan November ni.

Harapannya semoga rumahtangga yang terbina ini akan kekal selamanya sehingga ke akhir hayat dan dirahmati Allah. Sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya.

To my other half, tiada kata yang lebih baik untuk aku luahkan.

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-3. I Love you So Much"


Monday, July 12, 2010

La Furia Roja ...the Champion of the world



A picture can tell a thousand words...anyway..Vamos Spain..this is your year..

Monday, July 05, 2010

Kisah World Cup

Hujung minggu lepas, kelihatan kedai mamak dipenuhi seawal jam 9 malam..para isteri dah resah, belum sempat habis Buletin Utama, suami dah pegang remote Astro dan simpan dalam kilasan kain pelikat...

Rupa-rupanya ada perlawanan suku akhir World Kap..

Hari Jumaat malam..Brazil vs Belanda..satu upset dimana pasukan juara 5 kali ini telah dihantar pulang dengan kekalahan 2-1.

Jika hari jumaat kedai mamak dah penuh sesak, hari sabtu laaaaaagi sesak..sampai ada orang ambik kerusi duduk tepi jalan..

Sebabnya pada hari sabtu lepas, Argentina melawan Germany..Inca vs Teutonic..
Akhirnya Diego Maradona dan skuad Argentina juga dihantar pulang dengan kekalahan 4-0.

Dalam 2 hari ada 2 upset...ni barulah World Cup...

Aku jugak perasan, time Argentina dibelasah 4-0 ada muka-muka yang sangat kecewa dan kalo takde orang rasanya dah keluar air mata...

Aku..mcm biasa laa..walaupun aku penyokong Brazil, tapi negara aku namanya Malaysia..so, jika Brazil kalah pon..apa aku kesah..sebab bukan negara aku...

Atau mungkin orang tu dah betting besar ngan kawan-kawan dia..tu yang muka nak nanges tu kot???

Nway, I'm looking forward to watch the semis..