Wednesday, January 27, 2010

Stress

Ari Khamis lepas anak aku demam..so aku ambik la EL, bawak dia pi klinik. Alang-alang dah ke klinik, aku pun check laa skali memandangkan badan aku sengal-sengal terutama di bahagian bahu dan belakang tengkuk..

So, bila doktor check aku..ambik blood pressure, dia kata bp aku masih normal. Cuma aku stress..

Stress??

Hairan jugak. Selama ni aku hepi je kat opis..gelak-gelak, buat lawak..kena marah pon aku masih bole rilek.

Doktor cakap kat aku..memang ramai orang tak tahu diri mereka stress kecuali mereka pegi buat check-up..terkejut gak aku bila dengar doktor cakap macam tu..

So, dapat laa aku MC 2 hari..campur sabtu dan ahad..4 hari aku dapat rehat..

Kepada kenkawan yang baca blog aku ni..sudi-sudikan menjenguk diri anda ke klinik berhampiran dan buat check-up..sayangilah diri anda..kalau tak sayang diri pon, sayangilah orang yang menyayangi anda...

P/S: tapi aku masih seorang perokok tegak..ish.ish.ish..

Thursday, January 14, 2010

2010 - The First

Sedar tak sedar hari ni dah masuk minggu ke 2 bulan Januari 2010..dah tahun baru rupanya..

Check last update blog..3 Disember 2009..mak aih, memang betul kata Sme, dah buleh tutup blog nih.

Sebenarnya banyak perkara yang best..yang tak best..berlaku tapi aku malas nak tulih dalam blog ni. Bukan apa, aku rasa mood nak menulis tu takde..

So, salah satu resolusi aku untuk tahun 2010 ni adalah mengembalikan semula mood aku untuk menulis dan menghidupkan blog ni..

Tunggu aje laa apa-apa yang aku nak tulih nanti.