Semalam, sedang kusyuk aku tengok game bola EPL, aku dikejutkan oleh suara bini ku dan adik-adik ipar ku..di tangan bini ku memegang sebiji kek dengan lilin..
"Happy Birthday to you Dear"
Hari ini tepat aku berusia 28 tahun. Muda lagi aku rupanya...hehehe..lagi 2 tahun baru aku cecah 30..
Kek yang dipegang oleh bini ku tu bukan calang-calang kek. Kek faveret aku rupanya. Blueberry Cheese Cake !! Bini aku suruh mak mertua aku tempah di Hotel ShangRi-La Tanjung Aru, tempat dia bekerja.
Cuma sejak bila nama aku tukar jadi Mohd ni?? Time kami tunang dulu pun, nama aku tukar jadi Mohd..hehe
Nway, Happy Birthday to me. But still I can't think of anything for my azam baru..
Saturday, December 27, 2008
Friday, December 26, 2008
Klinik, Merry Christmas Dan Selamat Tahun Baru
Maafkan aku..walaupun sedang di rumah mertua di Kota Kinabalu, aku tidak dapat kemana-mana kerana si comel aku kena jangkitan virus (kata doktor laa). Dia berak-berak, muntah-muntah dan ada ketikanya panas badan. Ada juga terdetik di hati aku, mungkinkah ini "rotavirus" yang kini agak femes dikalangan kanak-kanak??
Jadi, ke hulu dan ke hilir lah aku mencari klinik pakar kanak-kanak di bumi Sabah ini. Akhirnya ada jugak laa terjumpa klinik yang dicari-cari.
"Klinik Dr. Kuan. Pakar Kanak-Kanak"
Doktor Kuan tersebut memang bagus. Dulu di PPUM, doktor di sana menjolok kerongkong anak aku samapai berdarah. Tapi hairan aku kali ini, anak aku langsung tidak menangis dan tidak membantah..dengan 4 jenis ubat dan layanan mesra Doktor Kuan tersebut, bayarannya cuma RM55. It was worth every cent. Aku puas hati
SELAMAT HARI NATAL
Semalam Hari Natal (Krismas). Sepatutnya aku wish semua kawan-kawan yang beragama Kristian lebih awal. Tapi disebabkan keluarga mertua aku pun menyambut Hari Krismas, aku terlalu occupied dengan tugas-tugas di rumah dan juga sibuk dengan karenah anak perempuan ku itew...
Tetapi semalam agak istimewa kerana aku dan bakal suami adik ipar aku yang memasak..aku masak ikan sweet n sour (4 ekor) manakala bakal suami adik ipar aku menghidangkan udang goreng butter dan sup ketam. Bini aku pula apabila melihat aku agak kepenatan, membantu masak sayur goreng..mertua aku pula pulang dengan membawa sate..wah..ini sudah perfect..
Ramai jugak laa yang datang kerumah, termasuk keluarga bakal suami adik ipar aku itu. Makanan yang dimasak pun ngam-ngam habis. It was a good day to celebrate. Walaupun aku tak menyambut Krismas, tapi membantu orang lain berasa gembira pada hari tersebut memberi seribu makna dalam kehidupan.
SELAMAT TAHUN BARU
Lagi 5 hari, 2008 akan bertukar menjadi 2009. Harapnya rezeki aku dan para pelawat blog ini akan lebih dimurahkan oleh Nya.
Azam tahun baru?? Err..baru aku perasan, aku tak pernah ada azam tahun baru...
Ada cadangan??
Friday, December 12, 2008
Disember ini
Nie adalah first post aku dalam bulan Disember, nampak gaya KPI aku untuk membuat 4 post sebulan mungkin tidak tercapai. November hanya sempat buat 3 aje..tapi jika dihitung dari jumlah keseluruhan, sudah melebihi dari yang dijangkakan..
Rasanya tidak sempat untuk aku updatekan blog ini memandangkan kerja yang berlambak di opis dan line internet mcm cipan di rumah. So, aku hanya akan memuatkan sedikit rumusan @ snippets mengenai perkara terkini yang berlaku.
BANJIR, TANAH RUNTUH DAN AIDIL ADHA
Disember tahun nie dirasmikan dengan acara banjir di beberapa tempat yang memang tiap-tiap tahun merayakan acara banjir ini seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu, negeri kelahiranku. Namun ketidaktentuan cuaca juuga menyebabkan hujan tidak berhenti-henti di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Kebetulan pula, Disember tahun ini umat Islam menyambut Hari Raya AidilAdha yang memang pada kami, orang Pantai Timur, tidak boleh tidak menyembelih lembu secara besar-besaran. Family aku dah menempah seekor lembu kepunyaan saudara mara kami untuk membuat akikah. Aku juga mengambil kesempatan untuk mengadakan akikah untuk anak aku dan termasuk ibunya juga kerana ibunya seorang mualaf. Jadi aku dah booking 2 bahagian siap-siap.
Kami memulakan perjalanan pulang pada 8 Disember pukul 10 pagi. Tidak aku sangka ada satu malapetaka menimpa di Bukit Antarabangsa iaitu tanah runtuh. Jadinya jalan sekitar Ampang menuju ke Gombak tersangatlah sesak. Pukul 12 tengahari baru lepas tol Gombak.
Perjalanan lancar sehinggalah di Lebuhraya Jabor-KT, Jalan Bukit Besi telah ditutup kerana air dah naik 50cm katanya. So terpaksalah patah balik ikut jalan Paka (orang tenpatan panggil 'jalan pantai'). Untuk makluman, jalan menuju ke KT hanya ada dua..so bila satu dah kena tutup jadi yang lagi satu tuh akan sesak yang teramat. Kerana banjir, last-last aku sampai ke rumah jam 1.30 pagi!!
Sampai-sampai aje kat umah, aku diberitahu lembu yang bakal dikorbankan itu telah melarikan diri dan masih belum dijumpai hingga sekarang. Zaman sekarang lembu pun bijak..
DEMAM
Bila dah musim hujan nie, banyaklah kes-kes demam yang berlaku samada tidak disengajakan atau tersengaja demam (untuk dapat mc). Yang tak bestnya pada aku, puteri kesayangan aku telah mendapat demam campak dan selepas pulih dari demam campak, terjangkit pulak 'sore throat' dari aku (sebab aku selalu cium dia). Kesiannya tengok, memang tak sampai ati. yang letihnya pulak, kami tak dapat tidur malam sebab dia menangis. Pernah kami bawak dia pegi klinik pukul 4 pagi sebab suhu badannya mencecah 40 Celcius.
Dua hari lepas tu, kami bawak pulak ke PPUM untuk pemeriksaan dari doktor hospital. Konon-kononnya hospital punya facilities lebih lengkap dari klinik. Doktor yang memeriksa pulak mungkin doktor pelatih kerana raut wajahnya tampak lebih muda dari umur aku. Sekali time dia nak check kerongkong anak aku, dia terlebih masuk spatula tu dalam mulut anak aku sehingga berdarah. Cuak gak aku...apa tidaknya, aku tengok dengan doktor tu pun cuak..hampir-hampir aku memberikan 'buah tangan' aku kepada doktor tersebut kerana kaki dan tangan aku sudah berasa ringan.
Alhamdulillah takde apa-apa yang buruk berlaku kepada anak aku lepas tu.
2-3
Tatkala aku masih di kampung dan kebetulannya semua ahli keluarga berkumpul, ada pulak perlawanan Malaysia menentang Vietnam dalam Kejohanan AFF ( ala dulu-dulu orang panggil Piala Tiger). So, kami (kaum lelaki sahaja) berkumpul depan TV nak tengok game nih. Konon-kononnya semangan nak sokong negara laa nie..
Sepanjang perlawanan, kami tak abih-abih menyumpah..barisan pertahanan, tengah dan jentera serangan main dengan baik walaupun masih kelihatan agak tumpul. Tapi yang paling buat kami marah adalah kebodohan goal keeper Malaysia bak Pak Pandir di atas padang. Aku tak nak komen banyak laa..nanti banyak plak dosa aku..
Pada yang tengok game tuh, aku rasa korang pun menyumpah sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)