Thursday, May 13, 2010

Group Trip Redang : Preparation



Lagi dua minggu aku akan ke Pulau Redang. Aku rasa dah hampir lapan tahun aku tak pegi Pulau Redang. Nasib baik geng-geng paintball aku anjurkan trip ke Pulau Redang. Trip 3 hari 2 malam dengan bayaran RM350 seorang, aku rasa agak berpatutan laa..

Pengalaman snorkeling di Taman Laut Redang, aku takkan lupakan..time tu laa aku bertembung dengan ikan yu remaja yang panjangnya kira kira 1 meter..nasib baik kami sama-sama terkejut, dia cabut kebelakang dan aku pun terus berenang gaya bebas ke arah bertentangan..tak berani aku nak buat aksi snorkeling dengan penuh lemah lembut itu..kena ikan yu tu cabut pegi panggil kawan-kawan dia..tak ke haru..

Tapi kali ni ianya bukan family trip..sedih jugak aku takble ajak bini pegi..sebenarnya bukan takbley ajak..tapi poket yang tak bagi..lagipon dia sedang 'bawak budak' sekarang..dan si Semek kecik aku tu dalam mode nakal skrg nih..risau gak aku..

Tapi aku dah ada perancangan untuk bawak diaorg pegi ke Redang suatu hari nanti..maybe buat family retreat kat sana..pun bunyinya macam menarik..

Nway, sekarang aku sedang prepare dokumen n presentation untuk meeting di Melaka..arghh..tensen..

i miss my family already..

Monday, May 10, 2010

Memoir Hari Ibu


Semalam adalah Hari Ibu. Tapi aku terlupa nak update blog..bila terdengar radio hot FM pagi tadi, baru teringat balik..at least, aku ada call Umi semalam untuk wish dia Selamat Hari Ibu..dan InshaAllah akhir bulan ni, kami sekeluarga akan pulang menjenguk di kampung.

Sebenarnya setiap kali hari Ibu, hati aku sayu..sayu kerana selama ini aku tidak pernah menghargai kasih ibu. Bukannya aku durhaka, cuma aku kurang bersyukur..sering menghampakan beliau..tapi bak kata gambar di atas, kasih Ibu untuk selamanya..Umi tidak pernah berhenti dari menyayangi aku..

Aku ni anak bongsu..paling last orang kata..dan paling manja juga..ye aku mengaku, time kecik aku memang sangat manja..skrg nih, manja tu dah hampir tak wujud..ye laa dah jadi bapak orang, manja kejadahnya lagi..kannn??? Kenapa aku jadi macam tu??

Beza umor aku ngan kakak kat atas aku pon dah 7 tahun, cukup jauh..sebab itu mereka melayan aku seumpama 'adik kecik' mereka dan aku sentiasa dimanjakan mereka..selamanya tidak akan menjadi kawan mereka..

Jadi, disebabkan hal ini, aku membesar dengan kawan-kawan..segala perilaku dan pemikiran, adalah dipengaruhi kawan-kawan..tapi nasib baik jugak, kawan-kawan aku semuanya jenis yang baik-baik..takdak buat perangai pelik-pelik..so, family dah jatuh no 2.

Lepas tu, time sekolah menengah plak, aku masuk MRSM..jauh lagi dari Umi dan family..aku rasa bebas..apa yang aku tahu time ni..mintak duit ngan umi sebab nak makan McDonald dan KFC time outing..taknak kalah ngan kawan-kawan yang lain..konon-konon aku pon loaded...

Lepas MRSM, masuk plak Universiti...lagi laa rasa bebas..dah pandai ayat awek..
Dulu kat MRSM sebab still ada cikgu, terkawal laa jugak..bila dah masuk Universiti, sukati korang nak pegi kelas ke tak..lagilaa haru..kekadang kalau kelas kul 8 pagi, memang telah dianggap 'tidak hadir'..kalau pegi kelas tu..memang sesuatu perkara yang pelik..

So, korang kira laa..dari aku umor 12 tahun hingga aku umur 23 tahun..aku membesar dengan kawan-kawan dan adakah kawan-kawan manjakan kita..harammm..haikk ptuihh..

Dan aku juga akui aku tak ambik pot pon tentang family..cuma yang pasti, aku tahu aku sayang family aku..setiap kali Hari Raya, aku tahu aku kena ada di samping keluarga aku..but still aku masih tidak mengerti akan erti kasih sayang yang mereka limpahkan pada aku..

Dan, tibalah masanya untuk aku bekerja..Umi jugak yang bersusah payah, untuk mendahulukan duit muka untuk kereta yang aku lenjan sampai ke hari ini..

Lepas tu, aku gatal nak menikah..Umi jugak yang bersusah payah..berpenat lelah..berkorban wang ringgit demi memastikan majlis kawin aku sempurna..bukannya aku tak cukup duit..aku dah cukup berdikari untuk tidak menyusahkan orang lain, tapi Umi jugak berkeras nak sponsor itu dan ini..

"ko tu nak guna banyak lagi duit lepas ni"..katanya..

Time bini aku nak beranak..sanggup dia datang tunggu kat umah aku di KL walaupon kesihatan Umi dan Abah tak begitu baik..dan time bini aku abih berpantang, sanggup lagi dia follow kami balik KL dan stay dengan kami selama 2 bulan demi nak jaga cucunya..bukannya mereka takdak cucu..dah 13 cucu diaorang..

Bila teringatkan pengorbanan mereka, aku secara automatiknya akan jadi sebak..

Pada aku, Umi adalah ibarat seorang malaikat..malaikat yang diutuskan untuk menjaga kami sekeluarga..yang akan berkorban demi kami sekeluarga..yang tidak akan berhenti dari menyayangi kami sekeluarga..

Oleh itu, SELAMAT HARI IBU wahai Puan Rahmah binti Yusoff..tiada yang dapat aku buat untuk membalas jasa-jasa mu..hanya memanjatkan doa kepada Tuhan agar terjaga kesihatan dan dipanjangkan umur..supaya dapat aku bersama mu lebih lama di dunia ini..Amin

Monday, May 03, 2010

Adrenalin


Sebenarnya, sepanjang hidup aku tak pernah hiraukan artis tempatan sebab pada aku mereka takdak masa depan..dan syok sendiri sebab mereka tak berani pegi ke peringkat lebih jauh tapi kekwat lebeh..dan sebab tu jugak aku rasa band Indon lebih menyerlah dari artis kita..

Tapi lepas aku keluar dari universiti..pandangan aku mula berubah..aku dah start nampak beberapa artis yang memang boleh pegi jauh seperti 2 Phat (sayangnya mereka dah breap-up), Reshmonu, Jaclyn Victor,Aizat, Yuna dan Zee Avi.

Lagi salah sorang daripada mereka yang aku nak celoteh kali ini ialah Faizal Tahir. Artis fanatik Superman ni, aku tengok masa final One in A Million..kalau tak kerana undi yg sikit, rasanya dialah yang layak jadi johan malam tu..

Lepas dari tu, aku mula follow perkembangan karier mamat ni..sejak album pertama dia "Aku, Muzik, Kamu" keluar aku dah beli..original okey...ada sesetengah orang, minat setengah mati, tapi tang beli album still yang cetak rompak lagi..

So, minggu lepas aku beli Album kedua FT : Adrenalin. Not bad at all..Kualitinya lebih kurang album pertama sahaja..cuma aku tak puas ati, lagunya sikit sangat..ada 10 lagu saja dalam album kali ni..

Track pertama 'Adrenalin' dah cukup membakar semangat aku..kemudian lagu 'Superhero' pun boleh tahan 'layan' jugak..

Album ini jugak memuatkan lagu yang dah femes seperti 'selamat malam' dan 'Bencinta'.

Tapi lagu yang paling aku suka adalah lagu "Hanyut"..aku rasa lagu ini akan top carta nanti..dan bagi orang bercinta, memang sesuai korang tujukan lagu ini kepada yang tersayang..

Kekuatan album ini adalah dari vokal Faizal Tahir sendiri..seolah-olah muzik tu hanya mengiringi suaranya yang unik..

Namun dari segi kelemahan, lirik dalam album nih seolah-olah di'recycle' kerana Faizal Tahir sentiasa mengulangi rangkap yang sama dalam kebanyakkan lagu-lagunya terutama perkataan 'aku' dan 'kamu'.

Overall, aku boleh bagi rating 4 bintang untuk album ini.. bagi sapa yang belum lagi memilikinya, silalah beli...jangan pinjam, burn atau download aje..kesian artis..bagai nak tercabut anak tekak..skali orang ciplak..harga album ni baru RM29.90, very affordable..

P/S: Prinsip aku, kalu album/movie tempatan, aku akan support dengan beli yang original..tapi kalu bukan tempatan, pandai-pandai korang laa yee..

Sunday, May 02, 2010

Mei ini

Dah agak lama aku tak update menda alah ni...dekat sebulan gak..last aku post pada 14 April.

So, semalam hari Pekerja..cuti umum..tapi takdak guna jugak sebab semalam hari sabtu..

Malam ni, game penting Chelsea..diaorg kena menang ngan Liverpool utk terus lead EPL dan Liverpool pun kena menang untuk terus bersaing dalam Champions League..cuma harapan aku agak Man Utd jugak kalah malam ini..so, it doesn't matter Chelsea wins or not..

Sakit urat..dah 2 hari aku sakit belakang, bahu dan tengkuk, terutama lepas main futsal jumaat lepas..tua sangat kah aku?? Ataupon itu tanda-tanda aku stress lagi??

Anyway, IronMan2 dah kuar..rasa mcm nk ajak my other half pegi tengok wayang..tapi sapa nak jaga anak kami?? Huhuhu....

Saturday, April 17, 2010

Koleksi baru

Aku baru lepas PTK. Tapi kejadian yang menimpa-nimpa lepas tu, membuatkan aku takdak mood. Betul betul takdak mood nak buat keja..

Tapi hidup mesti diteruskan..keja memang tak pernah abih..tak kesah laa orang nak cakap aku lembab ke, tak fingertip ke,..yang penting aku buat keja aku..yang ko yang bagitau awal-awal macamana ko nak apsal?? Bila aku dah buat baru nak komplen..

Shuh shuh..dah dah..aku nak citer pasal koleksi baru aku nih..walaupon sebenarnya takdak laa baru sangat..

Aku ni penggemar perfume. Dah banyak botol dah perfume abih di tangan aku..dan dah beribu riban dah duit abih beli perfume..
Baru-baru ni aku beli lagi sebotol perfume..

Nama dia Homme, datang dari keluarga Dior.. so nama penuh dia Dior Homme..

Baunya memang menarik walaupun family Dior nih, perfume nya memang agak spicy skit..terutama Farenheit, abang kepada Homme nih..yang aku tahu Homme ada sorang lagi adik..namanya Higher..aku tak sempat berkenalan lagi..

So, maybe lepas ni aku akan keluarkan review aku pasal perfume-perfume aku yang terdahulu..

Wednesday, April 07, 2010

2 adalah umurnya


Hari ini aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana genap 2 tahun aku diberikan rezeki zuriat. Ya, anak sulung aku dah pun berusia 2 tahun pada hari ini. Rasanya macam baru semalam aku dapat anak..hari ni dah pun 2 tahun.

Time kecik nampak cute aje, maklumlah tak dapat 'kaki' lagi...


Bila dah dapat kaki, mula lah nak duduk sendiri..

Bila dah besar lagi, mula lah pandai melaram...

Harapan dan doa agar jadilah muslimah yang baik dan menghormati orang tua..semoga dikurniakan kebijaksanaan supaya berjaya..semoga menjadi seorang yang beriman supaya boleh mendoakan kedua ibu bapanya..semoga diredhai supaya diberkati hidupnya.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KEDUA, EMI WARDIAH.

DADDY SAYANGKAN KAMU!

Friday, April 02, 2010

PROTON OH PROTON

(ni aku cilok dari Tuka Tiub)


(sila klik gambar untuk imej lebih besar)

Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata RAKYAT DI DAHULUKAN ...kah kah kah..

Kenapa ARAB LEBIH DIUTAMAKAN...kah kah kah


NOTA BANDUNGAN

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673

Satu Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk sebuah Waja di Malaysia !
RM31,126.97 lebih MAHAL!

Monday, March 22, 2010

A LOGICAL SOLUTION

Now here is a problem that finally has a formula for getting to the bottom of an age old problem.
From a strictly mathematical viewpoint it goes like this:

What Makes 100%? What does it mean to give MORE than 100%? Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%? We have all been to those meetings where someone wants you to give over 100%. How about achieving 103%? What makes up 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help you answer these questions:

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Then:

H-A-R-D-W-O-R-K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
and
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But,

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

And,

B-U-L-L-S-*-*-T
2+21+12+12+19+8+9+20 = 103%

AND, look how far a** kissing will take you.

A-*-*-K-I-S-S-I-N-G
1+19+19+11+9+19+19+9+14+7 = 118%

So, one can conclude with mathematical certainty that While Hard work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, it's the Bulls**t and A** Kissing that will put you over the top.

Sunday, March 21, 2010

Nut's Wedding

Semalam, merupakan hari bersejarah buat kawan aku, Nut..

Nut ni sebenarnya kawan aku semasa belajar di USM dulu..coursemate, housemate dan even roomate..

Pasangannya, Noni juga merupakan coursemate kami.

Nut ni memang minat kat Noni sejak time blaja lagi..tapi tak pernah berani tegur..usha je lebih..Ntah macamana diaorg berkenalan aku tak tahu, Tup-tup dah couple..dan 13 Mac lalu dah selamat bergelar suami isteri..

So, aku ucapkan Tahniah buat korang berdua. Semoga kekal ke akhir hayat..and welkam to the club..

Wednesday, March 17, 2010

Good News..very Good News

Baru-baru ini aku terperasan..badan bini aku sudah naik..paha dan lengan pun makin besar..dalam firasat aku mungkin sebab kebelakangan ni dia kuat makan kot..

Last-last, minggu lepas tetiba dia panggil aku..lalu menunjukkan sesuatu seperti gambar di bawah...


Wahh...aku akan ada ahli keluarga baru ke?? Well..aku simpan dulu perasaan excited ini..pegi jumpa doktor dulu..kenkadang tester ni pon reti buat silap jugak...

Harap-harapnya betul laa...

P/S: Hancus harapan nak pakai C200..hahaha..nampak gaya kena cari MPV laa..

Friday, March 12, 2010

Happy Birthday Sayang

Hari ini adalah hari terpenting buat isteriku yang tercinta.
Hari ini adalah hari lahirnya.

Sayang,

Terima kasih kerana menjadi isteriku.
Terima kasih kerana melahirkan anak untukku.
Terima kasih kerana bersabar dengan karenah kami berdua.
Terima kasih kerana sanggup mengharungi susah senang kehidupan bersama-sama denganku.


Thank you for choosing me to grow old with..
Thank you for everything.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!
I LOVE YOU SO MUCH!!


Tuesday, March 09, 2010

Aktiviti hujung minggu

Selepas memiliki kamera baru, maka selalu juga lah aku membuat aktiviti mengambil gambar atau kawan-kawan aku selalu menyebutnya sebagai "camwhoring".

So, di suatu ujung minggu (aku pon dah tak ingat bila), bangun pagi je terus anak aku mengamuk nak mandi kolam..maka ke kolam renang lah aku..

Sempat jugak aku test power dengan mengambil gambar bunga kat taman..nak buek cemana bunga itu je yang ada..yang lain nan hado..


Anak aku yang gembira dapat mandi kolam..lepas tu menangis nak masuk kolam orang dewasa lepas tengok aku pun terjun jugak..


Kebetulan pada hari tu, salah sorang adik ipar aku yang sedang belajar di ipta semenanjung nih, lepas ambik dia, terus kami ke suatu tempat yang agak jauh.

Sebenarnya dah agak lama jugak aku tak pergi ke sini. In fact aku baru sekali je sampai ke sini. So, of course laa kami ada makan langsat jugak on the way ke sini..


And here it is..Tanjung Harapan. Kalau tak silap, dulunya tempat ni namanya Tanjung Gila..tapi nama tu takde nilai komersial, jadi tukarlah kepada Tanjung Harapan..betui jugak, sapa nak datang kalau nama Tanjung Gila..tapi dengar khabarnya dulu-dulu tempat ini lah menjadi tempat memadu asmara bagi pasangan kekasih yang masih belum dihalalkan..femes tuu..
Paham kaa?? Kalau tak paham buat-buat la paham ye..

Gini lah keadaannya orang tengah pilih ikan di sana..aku plak pegi hari sabtu..time matahari terbenam plak tuh..memang beratur panjang jugaklaa..

Aku order pari bakar, ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin, dan sotong pedas..dan disebabkan ramai orang, memang ianya menguji kesabaran ke tahap maksimum terutama bila perut dah menyanyi lagu rap pada ketika tu..

To be honest, hasilnya aku agak kecewa pada hari tu kerana masakannya hanya berada di tahap "OK"..tidak sesuperb aku makan di Langkawi..but still aku rekomenkan tempat ni kalau hangpa semua mau pegi jugak..

Walaubagaimanapun, bini aku tetap steady walaupun beberapa kali hilang kesabaran sebab anak kami terlalu nakal..ye laa..makan atas pelantar, kat bawah tu air laut..kalu jatuh (mintak jauh)..sapa yang susah..

So, parents kena extra careful bila datang ke sini. Pastikan anak-anak sentiasa berada disebelah atau dalam gapaian tangan..

Adios..











Sunday, March 07, 2010

Family Trip Part 3 : Langkawi Last Day

Hari ke 3- hari last aku di bumi Langkawi..So, mana lagi aku nak bawak family aku yek? Jawabnya kat Langkawi Underwater World laa..dengar ceritanya tak lama dulu tempat ni telah disabotaj dengan teruk..habih mati semua ikan-ikan kat sini dan dianggarkan kerugian tak kurang dari RM1 juta jugak laa...ish..ish..ish..kesian kat ikan-ikan tuh..

Setiabnya kami di sana, Emi dah menjerit-jerit.."Maa..FISH!!"
Melihat keterujaannya nak tengok ikan kat situ, aku pun dengan segera beli tiket masuk..


Melihat kejakunan budak-budak kadang-kala bole menghiburkan hati..

Ni plak penguin yang suka berposing..berdiri je dia kat situ..dan kat bawah ni plak antara hidupan laut yang ada..




Sungguh cantik gambar-gambar bila diambil oleh kamera dslr rupanya..barulah aku tau kenapa ramai orang ada menda nih..

Pastu kami pi jalan-jalan lagi..yelaaa flight kul 5.45 petang, jam masih awal...tapi yang tak tahannya suhu time nih..serupa jugak macam semalam..
So, kami berenti kat gerai bergerak yang dibuka tepi pantai (nama apa tatau)..dan mendapati laksa nya sangat marbelos..
Tambahan pulak dengan view yang cantik....


View ni plak diambil dari Teluk Danai..view dia sangat cantik cuma agak jauh dari orang ramai..dan terpencil..

Hehehe..so..itulah trip kami ke Langkawi..One of the best trip so far and of course kami akan kembali lagi..

Wednesday, March 03, 2010

Family Trip Part 3 : Langkawi Day 2

Hari ke dua nih, memang diperuntukan hanya semata-mata untuk berjalan-jalan..seawal pukul 10 pagi kami dah ready dah..


Dan ada orang yang dah tak sabar..


Dan sememangnya hari itu sangat panas..suhu pada ketika ini dah nak cecah 33 darjah celcius.

Dan tempat pertama yang kami pergi adalah Dataran Lang..nasib baik jugaklaa bila sampai kat airport semalam dah diberi peta..atleast bole laa rancang nak pi mana..kalau tak aku dah lupa terus Dataran Lang nih..yelaa sebab kat sana ada Lang ni je sekor..


Kami ambik gambar dari jauh aje..sebab cuaca time nih sangat panas..(masa ni jam dah dekat kul 12 tghari..suhu plak cecah 36 darjah Celcius)

Lepas tu, kami ke Makam Mahsuri..rupanya jauh jugak masuk kedalam kampung-kampung sana..baru sampai. Time kecik kecik dulu ikut rombongan rasanya macam dekat je..tapi yelaa..time tu aku tido je manjang dalam bas...hehehe


Selepas ke Makam Mahsuri, aku bawak plak anak bini aku pegi ke tempat yang aku sendiri tak pernah pergi iaitu..Langkawi Cable Car..


Pada aku sapa yang mencetuskan idea buat cable car nih adalah seorang yang genius dan otak bisnes..aku memang kagum bila sampai kat puncak..

Aku harus ucapkan terima kasih kepada Pak Arab yang ada sebelah aku time tuh kerana sudi mengambil gambar kami sekeluarga..padahal dia yang dulu suruh aku ambik gambar dia..hehehe..sapa suruh..



Lawak selingan : Teka apa itik tu buat??

Dari Cable Car, jam dah menunjukkan pukul 4.45 petang. So, kitaorg gerak balik ke hotel sebab cuaca panas..badan dah melekit..memang tak selesa..

Selepas beristirehat yang secukupnya, perut plak rasa lapar. So, destinasi kami malam itu adalah Restoran Hj. Ramli...bole tahan jugak laa masakan kat sini..makan udang yang besar 2 ekor..Siakap masak Stim..sotong pedas..dan minuman..semua skali tak sampai RM40 hengget..memang murah...dan puas hati..

(to be continued-day 3)

Sunday, February 21, 2010

Family Trip Part 3 : Langkawi day 1

Sekembalinya aku dari Rompin (Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan), aku mengambil cuti keesokkan harinya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Bini aku dah tempah tiket ni dari tahun lepas lagi..and to be honest, since we are married, we never go anyplace for vacation. Hanya follow aku outstation je..kesian kat dia kan..

So, selain Penang, Langkawi juga merupakan antara tempat yang dia belum pernah jejak kaki lagi..nak naik MH, tak dapek laa sebab time booking tuh, harganya dah mahal..so, naik Kunang-kunang aje laa..Lagipon, dah lama aku tak pegi Langkawi nih, last aku sampai sini pon time jadi Liaison Officer untuk LID pada tahun 2007.


Ni gambar diambil sejurus selepas kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Emi pun masih dalam mode mamai lagi..

Sampai aje kat balai ketibaan, ramailah ajen-ajen pelancongan menawarkan best package diaorg..padahal bila aku survey semuanya sama aje..hehehe. First thing, cari keta sewa dan tempat menginap..bini aku dalam kepala dia dah nampak kedai dah..akhirnya selepas fikir keta apa nak diambil dan tempat mana nak tinggal..kami pilih keta Toyota Altis (RM240 utk 3 hari) dan Langkasuka Beach Resort (RM170 sehari). Memang plannya untuk sampai sebelum Chinese New Year sebab memang diketahui umum, harga keta sewa dan bilik hotel akan naik berganda-ganda..

Cuaca di sana sungguh cerah dan panas..Lepas check-in dan menyegarkan diri, kami terus ke Pekan Kuah kerana bonda ku dah pesan suruh beli kamera digital..bajet tak lebih RM500. Akhirnya, aku yang beli DLSR (baca post aku sebelum ni) dan aku beri kamera digital lama aku kat mak aku..takyah bayar..FOC.

Lepas je bali kamera, aku bawak bini dan anakku pegi lepak tepi pantai Chenang. Gambar kat bawah ni diambil menggunakan Nikon D3000 baruku..huhuhu..testing power laa katakan..

Malamnya, kami dinner di kedai Hj. Jailani..kat sana semua pekerja dia orang Siam..sampai bil yang kami makan pun tulih dalam bahasa Siam..tapi biasalaa masakan Siam, mesti sedap punya..makan plak Siakap 3 rasa..perghh..terangkat!


Balik bilik, semua dah penat..akhirnya terbongkang mcm ni..hahahaha..


Gajet Baru

Gajet adalah perkataan yang diambil dari perkataan inggeris "gadget" yang bermaksud pekakas yang berguna..namun perkataan gajet sebenarnya belum lagi dimasukkan ke dalam kamus dewan (last aku check dalam kamus dewan edisi ke-4).

Baru-baru ni, aku telah membeli satu gajet baru yang dulunya aku rasa tak perlu (sekarang pun tak berapa perlu sebenarnya) semasa aku bercuti ke Langkawi (akan diceritakan dalam post akan datang : Family trip part 3 - Langkawi)

Gajet itu adalah sebuah kamera DLSR (Digital Single Lens Reflex) berjenama Nikon D3000. Kamera ini adalah replacement model bagi D40 dan D60 dan sememangnya bagus untuk beginner macam aku nih..Dalam jenama Nikon aku rasa ni yang paling murah..murah tak murah pon, harganya mencecah 2 riban jugak..

So, lepas nih harap-harapnya entry aku akan lebih diserikan dengan gambar-gambar bermutu tinggi..hehehe




Gambar ehsan aku cilok dari mudah.

Wednesday, February 17, 2010

Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan

Lepas aje aku balik dari Penang (ari Jumaat), terus aku kena pergi ke Rompin..lebih tepatnya di Summerset Resort, Rompin untuk satu program yang dinamakan Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan.

Fuhh...dengar nama program aje dah ngeri..tapi rupanya program ni lebih kepada team building aje..tapi menyeronokkan..jika anda semua follow dengan hati yang terbuka serta niat untuk enjoy sambil belajar..

Atleast aku tak laa boring sangat sebab ada geng-geng se-opis (geng merokok) pun sama kena pegi kursus ni..

Dari segi pengisian program ini, memang best dan banyak perkara yang membuka minda dapat aku pelajari...

Nak diceritakan disini memang tak tido malam laa aku nak tulis semua..tapi dari masa ke semasa aku akan kongsikan dengan para pembaca semua melalui post-post aku di masa akan datang..sharing is caring kan..

Tapi, aku memang takde ambik gambar sepanjang kursus ni diadakan..so sorry guys..

Family Trip Part 2 - Penang

Awal Feb...tetiba bos suruh pegi Penang..ada meeting katanya..

"Kat mana?"
"Ipharm"

So, aku balik cakap ngan bini aku..

Menatang apa Ipharm tuh? Bini aku tanya...Kebun buah ka??


Bukan..Ipharm tuh singkatan bagi Institut Farmasi..ni projek usahasama MOSTI ngan USM..so, kami ada lawatan tapak..kena laa pi sana..

"Nak ikut.."

Memandangkan bini aku memang tak pernah jejak kaki ke bumi Penang ni..aku pon suruh laa packing baju.

Ipharm nih letaknya di Bukit Jambul..kira dekat laa dengan USM tempat aku menimba ilmu aku dan mendapatkan segulung ijazah dulu...

Setibanya di Penang, terus aku menuju ke Vistana Hotel..antara hotel yang aku tahu dekat dengan Bukit Jambul tuh (dan lepas kelayakan untuk aku claim)..malam tu kami dinner di Kayu Nasi Kandar..dan berehat..penat oo..drive jauh jugak tuh.

Keesokkan harinya, setelah selesai tugas rasmi dalam pukul 4 petang, aku pon bawak laa family jalan-jalan..antara tempat aku aku bawak..of course lah di Batu Feringgi..


Sebab kami sampai dah petang, sempat jugak laa menikmati suasana matahari terbenam di pantai Batu Feringgi tuh...


Malam tu kami makan Char Kue Tiaw di Sani Char Kue Tiaw yang berada di Tokong Ular, Bayan Baru..sebelum tu sempat jugak laa aku bawa family aku round-round pulau..tunjuk tempat-tempat aku merempit dulu..

Overall, bini aku kata Penang ni okay laa..cuma sangat crowded dan susah nak cari makanan melayu..semua dia dok tengok kari aje memanjang..dia respek laa macamana aku bole tahan 6 tahun kat Penang..

Yelaa..aku dulu dah boring makan nasi kandar, aku hentam Maggie je..tapi perisa kari jugak...hehehe

P/S: Kepada Sme, Mizi dan Izzi..sori aku x habaq kat korang aku datang..kejap sangat dan aku ada urusan rasmi..nanti kalu aku datang memang utk bercuti dan lama skit, comfirm aku roger kat korang..