Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Cerita Memalukan di Bulan Puasa

(sila klik untuk dibesarkan)

Ahlan Wasahlam??? Kah kah kah
Ramadahan???....Kah kah kah

Sekali lagi..aku kechiwa...ini menunjukkan tahap pendidikan pengikut politik sangat rendah di negeriku tercinta..

Majlis pula dibuat di sekolah rendah yang juga menjadi tempat aku menimba ilmu..

**aku berharap agar gambar ini adalah super-impose semata..

Thursday, June 03, 2010

Friday, April 02, 2010

PROTON OH PROTON

(ni aku cilok dari Tuka Tiub)


(sila klik gambar untuk imej lebih besar)

Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata RAKYAT DI DAHULUKAN ...kah kah kah..

Kenapa ARAB LEBIH DIUTAMAKAN...kah kah kah


NOTA BANDUNGAN

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673

Satu Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk sebuah Waja di Malaysia !
RM31,126.97 lebih MAHAL!

Thursday, December 03, 2009

Coke dan Pepsi



Pada tahun 2009 ini wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan berita tentang kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Malah huh hah huh hah tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada yang menyeringai gembira seperti di malam pertama bedua-duaan di bilik bersama kekasih bila mendengar kemungkinan ini.

Sistem dua parti ini adalah satu penipuan. Satu illusi yang dirancang oleh kaum pemodal. Satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengkaburi mata orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.

Lalu saya bertanya adakah sesiapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke? Adakah sesiapa yang dapat membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya - pemilik saham Pepsi adalah juga pemilik saham Coke. Hakikatnya - Puma dan Adidas adalah dua beradik yang membuka peniagaan yang sama – satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya mengamalkan sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan. Yang membezakan hanya ejaan nama yang bermula dengan A dan P.

Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan bukan saekar kebun getah atau sebuah Kancil. Yang mereka pertahankan ialah sistem ekonomi kapitalis yang selama 150 tahun ini telah mengembongkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan mereka senang lenang dan kaya raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit.

Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia dalam dunia hari ini sebenarnya adalah kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk memastikan parti apa yang naik and parti apa yang turun. Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus dalam sistem kapitalis ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di parlimen untuk mengubal undang-udang dan memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.

Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di parlimen TIDAK akan dan TIDAK pernah menyebelahi kepada kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja. Perhatikan cukai mukai yang di kenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan. Dalam masa yang sama mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai mukai. Kalau tidak percaya sila tunggu cukai baru : Cukai Barang dan Khidmat. Akan terlondeh seluar dalam Mak Minah dan akan tergadai Kapcai Pak Ali bila cukai ini sampai.

Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik : lihat apa yang terjadi kepada dasar kerajaan Pakatan Selangor yang melarang bangunan didirikan di lereng bukit. Ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa kebaikan dan keselamatan kepada warga. Lihat apa yang berlaku dibelakang tabir. Kaum pemodal – pemaju dan para kontrektor telah melobi. Akhirnya larangan ini ditarik kembali. Kenduri menarah bukit diteruskan kembali.

Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa. Laporan yang ingin diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini disimpai oleh Akta Rahsia. Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal – syarikat pemaju , kontrektor dan syarikat air - terselamat dan keuntungan mereka terjamin. Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan - jangan buat bising biarkan badan mereka dimakan cacing.

Ini bukan tohmah, propaganda atau berita putar yang saya ajukan kerana saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ini adalah hakikat dihadapan mata kita. Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat. Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut dan goncangkan kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana yang tohmah, mana yang putar alam dan apa dia kebenaran

Kaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini kaum pemodal di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang berlaku dalam negara ini. Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini membawa keuntungan yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan. Apa yang terjadi pada 8 March 2008 mengajar mereka untuk memahami bahawa warga dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak demokratik mereka.

Dengan arif dan dengan wang ringgit - kaum pemodal merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil sistem dua parti. Contoh sistem dua parti ini sedang kita lihat berjalan dengan lancar di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Di UK ada Parti Konservatif dan Parti Buruh. Di Amerika ada Parti Republican dan Parti Democrat.

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Madame Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Senior dari Republican di ganti oleh Bill Clinton dari Democrat. Kemudian Clinton di ganti oleh George Bush Junior yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Democrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan ini bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Inilah dia silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu. Kapitalisma tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan walau parti mana pun yang naik atau turun.

Justeru, perubahan antara Democrat ke Republican atau dari Konservatif ke Parti Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa perubahan yang hakiki telah berlaku. Tuan punya bank masih kaya raya. Tuan punya kilang masih memerah tenaga buruh murah. Para kontrektor masih membalon orang ramai. Cukai masih di tahap yang sama. Kaum pemodal terus melipatkan gandakan keuntungan.

Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan dari parti ini ke parti itu. Dari presiden yang ini ke presiden yang itu. Ini adalah helah kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem yang sedia ada.

Didalam kempen-kempen pilihan raya kita akan mendengar labon dan heboh heboh dari Mat Heboh yang ingin menjadi YB. Teliti dengan rapi : mereka semuanya berjanji untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari yang sedia ada.

Apa sebenranya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka berjanji akan menjalankan pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih. Ini ertinya mereka berjanji akan menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih kepada kaum pemodal. Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem ekonomi kapitalis ini.

Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa kemudaratan terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang mengajukan rukun iman : keuntungan maksima.

Rukun iman inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua hari ini. Keuntungan maksima yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa sahaja dilakukan asalkan ianya membawa untung. Balak dikeluarkan kerana ianya membawa untung. Pelacur datang dari China kerana ianya membawa untung. Hospital diswastakan kerana ianya membawa untung. Dadah diniagakan kerana ianya membawa untung.

Jika kita menyedari hakikat ini maka kita tahu bahawa sistem dua parti ini adalah kong kalikong. Tidak ada apa apa perubahan hakiki yang akan berlaku jika yang diajukan untuk dipilih hanyalah siapa yang lebih cekap mentabir sistem kapitalis.

Adakah Barisan Nasional lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat yang akan mentabir dengan baik sistem kapitalis ini? Jika ini yang dipersoalkan maka saya jamin kita semua kena tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka rancangkan.

Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti. Bukan siapa yang lebih cekap dan lebih amanah mentabirkan sistem kapitalis. Yang wajib menjadi rukun iman kita ialah menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksima. Yang menjadi rukun iman kita ialah kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi yang berasaskan kebajikan untuk umat manusia.

Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki jika kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan maksima. Apa yang wajib kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau berserban - ini tidak penting. Yang penting ialah mereka yang kita pilih akan berani bangun berjuang untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang berimankan kebajikan untuk manusia.

Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli kasut Adidas atau kasut Puma. Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih Coke Cola atau Pepsi Cola. Kita tidak mahu minuman itu. Kita mahu air advocado yang sehat untuk umat manusia.

nota: tulisan ini boleh diambil untuk membuat kebaikan

*diambil dari Tukar Tiub. Terima kasih En. TT.

Wednesday, September 16, 2009

Minyak oh minyak

Dalam sehari dua ni, mesti semua nak balik kampung...segala kos-kos patut diambil kira termasuk harga minyak..sebut tentang harga minyak ni..aku ada jumpa artikel dalam blog Sme yg jugak dicilok dari blog orang lain...Layan..zaazzz..

dipetik dari


http://www.jahilgoblog.net

Karya Matkeri


RON ? = ROsmah + Najib

"Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady.

Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ‘upgrade’, kalau mau yang ‘tak upgrade’, guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan? Cantik kan? Kan? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ‘ketukan’ ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ‘tidak’, jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!

Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium."

Monday, June 08, 2009

Ada apa dengan Jun?

Kehidupan sehari-harian dah jadi makin mencabar..makin gile.
Nak update blog pun rasanya takde masa..malas dan takde mood..
Anyway, life must goes on..

Terengganu Negeri Ku

Khabarnya negeri Terengganu telah diserang oleh raksasa. Kebetulannya, Ultraman telah mengambil cuti rehatnya yang masih berbaki 40 hari dan bercuti di planet Pluto sebab Bumi sekarang sudah panas (global warming laa katakan...)

Akibatnya, Stadium Sultan Mizan yang baru sahaja dibina sempena SUKMA tahun lepas telah roboh.

Kecoh seantero negara mendengarkan perkara ini. Banyak pihak diminta mengemukakan laporan mereka. Dengar perkhabaran dari Kerajaan Langit, Ultraman pun kena surat tunjuk sebab dari KSN. Rasanya, akan dikenakan tindakan tatatertib kerana bercuti tanpa kebenaran Ketua Jabatan (Sapa Ketua Jabatan dia??)


Gambar semasa kejadian telah berjaya diambil oleh wartawan terkemuka negara, Karam Sinki Wan Alia.

No 6 ??

The Sun pada 4 Jun telah melaporkan bahawa Malaysia telah diletakkan sebagai negara ke-6 yang mempunyai perkhidmatan awam paling efisien. Survey yang dibuat meletakkan Singapura, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan, Jepun sebagai negara yang mempunyai perkhidmatan awam yang terbaik di atas Malaysia.

Walaubagaimanapun, India diletakkan pada kedudukan paling akhir. Antara negara lain yang terlibat adalah Taiwan, Vietnam, China, Filipina dan Indonesia.

Ke-6 daripada 12 negara ?? Bagus ke??

Politik

Disebabkan pengaruh Tahun Lembu amat kuat kepada ahli politik kita, maka aku pun taknak campur sangat berkenaan perkara ini..

Tak pasai-pasai aku berjangkit Influenza Lembu diaorang nih..

Barcelona

Sedia maklum, Barcelona adalah juara piala Champions League. Ok skit laa, MU tak menang.

Roger Federer

Semalam berlangsungnya perlawanan akhir Roland Garros iaitu salah satu daripada 4 Grand Slam di dalam dunia tenis. Pertandingan di gelanggang tanah liat ini juga merupakan satu-satunya Grand Slam yang masih belum dimenangi
oleh idola tenis ku, Roger Federer walaupun telah memasuki perlawanan akhir 5 tahun berturut-turut..disebabkan dia kena lawan Rafael Nadal.

Namun, tahun ini Nadal telah ditewaskan oleh Robin Soderling pada pusingan ke-4 dan bertemu Federer pada perlawanan akhir semalam.

Soderling yang tidak pernah menang bertemu Federer, seperti dalam jangkaan tewas sekali lagi dan seterusnya menobatkan Federer sebagai juara dan mengakhiri nasib malang Federer, 5 tahun berturut-turut sebelum ini..
Kudos to Roger..

Sunday, January 18, 2009

Kisah Minggu Ini

P.36

Menatang apa P.36 tu?? No plat keta kah? No rumah mak mertua kah? 

Bukan..sebenarnya huruf P tu maksudnya kerusi Parlimen dan 36 tu adalah no kawasan iaitu di tempat aku dilahirkan, Kuala Terengganu. Ada pilihanraya kecil di P.36 disebabkan Ahli Parlimen nya telah meninggal dunia semasa bersukan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. 

Jadi yang bertanding kali ini adalah Abdul Wahid Endut dari PAS, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Hari ini, pilihanraya tersebut telah diadakan dan calon PAS telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,631 undi. 

*Tapi, aku frust betul sebab sehingga hari ini, aku tak pernah pegi mengundi. Ada aje aral yag menghalang aku dari menunaikan tanggungjawab aku yang 5 tahun sekali tuh..


PAC

PAC?? Pun menatang apa nih?? Pac man kaa?? Pachat kaaa??

Kawan aku dah ceritakan secara lanjut mengenainya di sini. 

Apa-apa pun, aku berdoa agar aku dan sahabat-sahabat yang lain, tidak mempunyai banyak masalah sepanjang program ini diadakan tidak kira samada siri 1 atau siri 2. 

Kawan-kawan yang kena pegi Siri 2, selamat berjumpa di IKHWAS (INTAN Wilayah Selatan). 


LCCT Labu

Kes nak buat lapangan terbang baru di Labu nih aku tak berapa faham..kenapa nak buat banyak-banyak lapangan terbang kat satu tempat? Ramai benor ke pelancong ke Malaysia atau ramai sangat ke rakyat Malaysia nih nak naik kapalterbang sampai tak muat KLIA? Apesal tidak dibuat di Pulau Pinang yang memang memerlukan lapangan terbang yang lebih besar?? 

Ntah laa..korang pikir laa sendiri. Mungkin rakyat dah beri amaran dengan keputusan pilihanraya di P.36 tu kot..buat tak reti lagi, aku tatau laa..

Friday, November 14, 2008

1000, 8000 dan Gigi

1000

It been a while now. I was too damn busy to update or to jot something here. But to my suprise, the count has passed a 1000 visitors. Thank you...

8000

RM8000/jam..memang lumayan..patutnya aku ubah profesyen aku jadi Angkasawan..dengar ceritanya pendapatan tahunan pun mencecah RM1.2 juta setahun. Cuma yang sedihnya bagi seseorang yang menjadi selebriti dengan menggunakan duit rakyat, mendapat tittle Dato' daripadanya, dan yang paling penting masih di dalam kontrak dengan pihak Agensi Kerajaan yang mengangkatnya ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa, sikap mengutamakan kepentingan peribadi bertopengkan pendidikan kanak-kanak adalah satu perbuatan yang keji.

Gigi


Adek Mek aku dah tumbuh sebatang gigi. Imej tak berapa terang sebab guna henpon yang dah tak berapa baru. Sekarang nih asalkan ada benda depan mata, semua nak sumbat dalam mulut.
Tapi, hari ni demam pulak si 'debek' aku nih. Nak boleh merangkak kot sebab orang tua-tua kata kalau budak demam sikit-sikit nih, nak dapat skill baru laa tu..

'debek' (bahasa terengganu) - montel

Thursday, August 14, 2008

Ikrar Perkhidmatan Awam

Selepas tiba dari Terengganu pada Ahad yang lalu, aku terus mempersiapkan diri untuk mengendalikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk Kementerian aku.

Aku ucapkan tahniah kepada bos aku dan staf kami kerana telah melakukan kerja yang baik dalam menjayakan majlis ini dari segi persiapan maupun pada hari Majlis tersebut.



Acara wajib yang harus dilakukan dalam Majlis ini adalah Pembacaan Ikrar Perkhidmatan Awam yang lebih menjurus kepada ikrar untuk mengurangkan perbuatan rasuah.

Pada aku, ikrar ini adalah suatu sumpah kita kepada suatu pihak yang lain dan diri kita sendiri untuk mematuhi sumpah yang dimeterai. Namun, sehingga ke hari ini, kedudukan negara dalam Indeks Penunjuk Rasuah (CPI) terus merudum. Setiap hari ada sahaja cerita berkenaan rasuah di kaca televisyen ataupun di media akhbar. Kenapa kah perkara ini terjadi?

Baru-baru ini, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah kehilangan dadah rampasan bernilai RM 2 juta yang disimpan di dalam bilik bukti. Setahu aku, Polis Di-Raja Malaysia antara pasukan yang paling cekap di dunia. Pun hilang jugak..hairan??

Tidak kurang juga Ketua-Ketua Jabatan yang bergred Utama didapati bersalah atas tuduhan rasuah.

Kedengaran di dalam pemilihan pemimpin negara pun, rasuah juga wujud.

Jadi apakah signifikannya perbuatan ikrar itu?

Guane Gamok Awok Kiter

Rasanya dah dekat dua minggu aku x update. So, kali nie aku letak 'bundle' terus.

Balik Kampung

Minggu lepas aku balik ke negeri tercinta, Terengganu Darul Iman. Balik dengan pelbagai misi. Hantar Mi dan Abah. Depa dah rindu kat anak cucu yang ramai di Terengganu. Lagipun musim buah masih 'on' di sana. Sempat jugak aku merasa saki baki durian dan manggis di kebun kami. Rambutan tak berapa menjadi pulak tahun nie.


Kawin

Salah satu agenda aku balik kampung adalah untuk menghadiri kenduri kawin Anna. Anna akhirnya sah menjadi isteri orang. Alhamdulillah. Harapnya berkekalan hingga ke akhir hayat.

P/S: MB Terengganu pun ada datang...tapi tak pasti plak datang dengan Merc barunya atau tidak.

Gossip

Sebut tentang kawin, teringat pulak mengenai kawan selebriti aku yang kawin dilayar perak disebabkan suatu pertandingan realiti tidak lama dahulu. Dari mulutnya, dia memberitahu adiknya bakal melangsungkan perkahwinan dalam bulan Ogos jugak.

Wah..'why so sudden"??

Adik dia baru 22 tahun..ustazah pulak tuh..dan baru je balik dari menunaikan umrah...

Umrah?? Ustazah?? 20-an?? Did it rings any bells??? Hahaha..lu pikir laa sendiri..

Mungkin sudah jodohnya..itu kuasa Allah. Juga diharapkan berkekalan laa kali nie..

Buat bakal pengantin lelaki..Lu jaga bebaik adik kawan gua nih..kalu tak lobam bijik mata ko!!


Politik

Datok Seri Anuar Ibrahim (DSAI) akan bertanding di Permatang Pauh selepas isterinya, Datin Seri Wan Azizah telah meletakkan jawatan bagi membolehkan DSAI bertanding. Lagipun pada asalnya nie memang kawasan DSAI pun..



Lawannya kali nie, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Pilihanraya dijangka akan dijalankan pada 26 Ogos ini.

Sukan

Semalam Terengganu dibelasah oleh Kedah 3-0 dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala Malaysia.
Walaupun kecewa, tapi aku masih belum putus harapan. '2nd leg' masih boleh belasah balik 4-0 atau lebih..Peteh Teranung Peteh!!!!

Kerja
Selepas balik dari Terengganu, aku mendapati kerja yang berlambak menunggu aku.
Arghhh tensen!!!

Tuesday, August 05, 2008

Stop Making People Angry

Yesterday our PM has blamed civil servants for many of the problems in the country which has made the people angry and hate the government.

You can read the details from The Sun here.

Let me quotes a few:

"...for example, our inefficiency in doing our jobs, our extreme bureaucratic measures which make people hate us,our actions which people think involved corruption, or our decisions on the private sector or the people which were made too late,"

"Don’t let people think we are not responsible, not trustworthy, not caring at all or arrogant. This will surely make them angry and this is not good because all these are our own doing."

Well Mr PM, isn't yourself you're talking about just now?

Tuesday, July 29, 2008

Kontrak Sosial

Tun Dr Mahathir Mohammad telah mengupas isu ini di dalam blog beliau.
Artikel sejarah yang agak terperinci dan menjelaskan mengenai kepentingan persefahaman antara semua kaum.
Yang aku ingin kongsi di sini adalah kenyataan pemimpin MCA dan MIC pada tahun 1969 untuk renungan kita bersama.


Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on special Previleges" dalam pada 30 april 1969, berkata:

"The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities."


[Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.]

- Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39.


UCAPAN PRESIDEN MIC merangkapMENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965.

"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens...

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here."



[Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

Jika jita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.

"Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."]

Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60

Friday, July 25, 2008

Slogan Minggu Ini

Aku percaya isu nie telah menjadi buah mulut segenap lapisan masyarakat seantero negara. Ironinya ia melibatkan pengurusan tertinggi di negeriku yang tercinta.




14 buah Mercedes E200 Compressor telah dibeli dengan harga RM 3.43 juta menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru berusia 4-5 tahun.



Mengikut TranungKite.net, Proton Perdana V6 Executive ini akan dijual (dilelong) kepada Exco-Exco dengan harga dalam lingkungan RM 10,000 sahaja. Mungkin jugak Mercedes yang baru dibeli ini akan "dilego' (tolak dengan harga yang murah) pada 5 tahun akan datang..



Alasan Menteri Besar : "Servis mahal, gearbox senang rosak"

Aku hairan kenapa Presiden Iran, 'selamba derk' je guna kereta buatan Iran, Paykan yang berusia lebih 10 tahun.

Adakah Proton yang bodo tak reti buat keta..atau Exco Terengganu yang bodoh sombong tak reti nak guna keta? Lu pikir laa sendiri..

Yang pasti slogan minggu ini adalah :

" Mercedes lebih jimat dari Proton"


Info terkini :
BPR dah masuk kat SUK Terengganu.

Thursday, July 17, 2008

In the End

Pagi tadi aku berlepas dari rumah pukul 6.45 pagi. Selepas menghantar isteri tercinta ke pejabatnya, aku pula menuju ke destinasiku, Putrajaya.

Hampir sahaja tiba di hentian tol Sungai Besi, aku melihat kesesakan berhadapan dengan stesen minyak Nasional yang sama seperti minggu lepas.

Spontan aku bertanya dalam hati. "Ada 'road block' lagi ke nih?"
Memang tidak salah tekaan aku tu. Ada sekumpulan polis sedang membuat 'road block' umpama negara darurat.

Ngam-ngam pulak radio 'terhangat' sekarang sedang menyiarkan info trafik nya. Ada 12 'point' lagi di bandar Kuala Lumpur yang juga mengalami kesesakan akibat dari 'road block' yang dijalankan.

Aku sekali pun tak pernah menyalahkan pihak Polis Diraja Malaysia kerana aku tahu mereka hanya 'saya yang menurut perintah'.

Tapi, siapakah yang diburu??

Dengan kesesakan ini, semestinya kenderaan bermotor akan membakar minyak secara berlebihan. Ironinya akan membawa kepada pembaziran.

Hairannya, kenapa kehilangan Adik Sharlinie tidak pula dilakukan 'mass road block' sebegini memandangkan pihak yang Berkuasa mampu.

In the end..lu pikir laa sendiri!!!

Tuesday, July 01, 2008

Sedutan Minggu Lepas

Ada banyak perkara yang aku terlepas terutamanya melibatkan hal ehwal politik semasa. Walaupun takde langsung yang kena mengena dengan hidup aku, tapi ianya mencabar intelektual aku sebagai seorang rakyat Malaysia.


1. Pada 28 Jun 2008, pukul 5.45 petang seorang "budak kopi" telah membuat aduan polis mengenai salahlaku liwat di mana dia menjadi mangsa.

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan (i/c no 850706-01-5687) ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."


"Bullshit!!" . Budak darjah 4 pun boleh buat laporan macam ni. Walaupun aku nie bukanlah suka sangat dkt Dato' Seri Anwar Ibrahim (tapi aku suka jugak usha Nurul Izzah tu..heheh) tapi berpijak laa di bumi yang nyata. Mana ada orang tengok drama swasta yang sama jalan ceritanya, mana ada pisang berbuah dua kali!!


Anda boleh tengok wajah "budak kopi" yang membuat laporan itu di sini.


2. Menurut Laporan "Statutory Declaration" yang dikeluarkan oleh Raja Petra, kononnya Datin Seri Rosmah hadir bersama semasa hari pembunuhan Altantuya.

Ni satu lagi cerita dongeng. Datin Seri tu kan 'vouge' orangnya. Mana nak kena darah-darah nie semua, mana nak tengok daging-daging berkecai nie..


3. Dari cerita 1 dan 2, aku simpulkan bahawa
  • Aku tak pernah percaya bahawa DSAI adalah seorang peliwat dan aku juga tak percaya bahawa Datin Seri Rosmah ada bersama-sama masa Altantuya dibunuh.
  • Tapi aku tak nafikan penglibatan Datin seri Rosmah dalam kes ini.
  • Cerita "Jangan Main Belakang" di Astro Ria akan mendapat rating yang tinggi...

Wednesday, April 02, 2008

Pagi yang gelap..kini sudah terang

Hari ini, seperti biasa aku hantar isteri ke tempat kerja sebelum aku menghala ke arah bertentangan demi mencari sesuap nasi. Namun didapati pagi ini agak berbeza kerana ianya lebih cerah dari biasa.

Kedengaran sudah riuh di Kementerian yang berteknologi tinggi dengan lobi aras 1 bernilai jutaan ringgit bahawa orang yang selama ini digeruni dan ditakuti tidak kurang juga dikutuk dan menjadi isu hangat di kedai-kedai kopi berhampiran telah ditukarkan ke bangunan yang tidak berapa jauh dengan Kementerian lamanya.

Maka segala rakyat jelata di sana telah menyambut berita ini sebagai satu rahmat yang turun dari langit, konon-kononnya mereka telah mengeluarkan belanja dari poket mereka sendiri untuk membeli pisang untuk disedekahkan. Tidak kurang juga yang menjadikan perkara ini sebagai satu peringatan supaya tidak mengulangi perbuatan durjana yang sama.

Kepada "you know who" :- Ingatlah..bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Pangkat dan darjat yang dikurniakan hanya sementara, Allah telah tunjukkan bahawa dalam masa sehari segala-galanya boleh berubah. Renungilah kejadian ini sebagai satu hikmah atau hidayah dari Allah kerana Allah Maha Menyayangi..

P/S: Terimalah lagu dari Hujan- Pagi yang gelap (modified)

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Pemergianmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Memang niatku menyimpan dendam
Hakikatnya benci yang mendalam

Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata KSN dengar sahaja
Cerita banyak pun dah tak guna

Pagi yang gelap, kini sudah terang
Aku macaimu dan engkau bos
Ku amat sakit hati dengan mu

Pagi yang gelap, kini sudah terang
Aku macaimu dan engkau bos
Tak ingin ku pulang ke masa dulu..

Thursday, March 27, 2008

Akhirnya

KUALA TERENGGANU: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.
Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

PUTRAJAYA: Pak Lah concedes another defeat

Idris Jusoh, say bye to the MB's office: -

The PM, who was granted an audience with the Agong before this morning's weekly Cabinet meeting, has agreed to the Palace's choice for MB, Ahmad Said.

Just last Sunday Abdullah said the appointment of anyone else except Idris Jusoh, which was his choice, would be unConstitutional.

Monday, March 24, 2008

Kami Nak Idris, Natang



Mungkin ayat dalam gambar nie agak kabur sebab aku ambik gambar ni pun dari Cari tapi gambar ini menunjukkan situasi di luar Istana di Negeri Hadhari semasa majlis penerimaan watikah lantikan Menteri Besar dilakukan.

Ayat di banner tersebut berbunyi "KAMI NAK IDRIS, NATANG!!!"

Mengikut bahasa di Negeri Hadhari ini, maksud perkataan "Natang" itu adalah "Binatang" . Tapi pada siapakah perkataan makian itu ditujukan?

Jika dikaitkan dengan kejadian yang berlaku, penyokong Parti Utama Kami Ini Melayu Ampu Kuat (PUKIMAK) sedang memprotes pelantikan MB baru Negeri Hadhari walhal calon MB ini datangnya dari parti mereka sendiri. Diceritakan juga oleh Pak Pandir, sebenarnya mereka menyokong MB yang lama untuk terus menjadi MB tetapi Sultan Negeri Hadhari tidak memperkenankannya.

Teruslah orang-orang penting (atau mempunyai kepentingan) di dalam PUKIMAK melenting dan mengeluarkan beberapa fatwa mereka sendiri dengan mengatakan Sultan tidak layak memilih MB nya tetapi yang berhak adalah rakyat (ataupun Perdana Menteri Negara Boleh).

Jadi adakah perkataan "natang" itu ditujukan kepada Baginda Sultan? Jika benarlah andaian ini, memang menderhaka lah ahli-ahli PUKIMAK ini yang kononnya berjuang untuk mendaulatkan orang-orang Melayu di bumi Boleh ini, tapi tahukan mereka Sultan adalah lambang kedaulatan orang Melayu?

Rukunegara baris Kedua mengatakan : Taat Kepada Tuhan, RAJA dan Negara. Begitu tingginya kedudukan Raja dalam institusi sosio-politik di negara Boleh ini tetapi dengan mudahnya dipermain-mainkan oleh PUKIMAK.

Adakah rahsia disebalik semua ini? Wallahualam...mungkin akan timbul hikmah disebalik kekabutan ini...InshaALLAH..

Kebenarannya adalah pada tanda 'koma' pada pernyataan tersebut..jika tiada 'koma' ayat itu akan berbunyi:

"KAMI MAHU IDRIS NATANG"

Hanya Natang layak memerintah Natang....

Hadhari oh Hadhari!!!!

Dua hari lepas, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) di sebuah negeri Hadhari telah membuat keputusan untuk memilih Menteri Besar nya selepas pilihanraya tamat dan membuat majlis penerimaan watikah bagi mengumumkan perkara tersebut secara terbuka. Namun, calon yang dipilih oleh MPPR ini bukanlah Menteri Besar Negeri Hadhari yang lama. Mungkin Sultan Negeri Hadhari yang merangkap Yang DiPertuan Agong di Negara Boleh sekarang ini sudah menyampah dengan Menteri Besar yang lama walaupun banyak acara-acara hiburan seperti "Perlumbaan Bot Mewah", "Masjid Silau Hadhari" dan khabarnya artis-artis di Negara Boleh sudah bebas keluar masuk di Negeri Hadhari itu sekarang. Namun, apa yang rakyat Negeri Hadhari dapat??? Duit hasil minyak yang ditukar nama kepada "Duit Belas Kasihan" sebanyak 1.2 Billion lesap begitu sahaja..

Namun, ex-Menteri Besar ini tidak berhenti disini sahaja. Walaupun mengeluarkan kenyataan dalam Berita di Ar tee Em, ti vi tiga suku menyatakan bahawa dia akan akur dengan apa-apa keputusan tapi selepas itu dia pergi berjumpa dengan Perdana Menteri Negara Boleh untuk meminta sokongan kononnya Perdana Menteri ini LAH yang paling tinggi darjatnya di Negara Boleh. Apa-apa yang arahan yang dikeluarkan dari mulutnya, wajib untuk diikuti walaupun jawatannya itu dilantik dari suara rakyat.

Oleh yang demikian, semua ahli Parti Utama Kami Ini Melayu Ampu Kuat (PUKIMAK) Cawangan Negeri Hadhari telah bersatu untuk menentang pelantikan MB baru ini dan PUKIMAK Induk pula telah mengugut untuk melucutkan jawatan serta keahlian PUKIMAK calon MB baru tersebut.

Tindakan PUKIMAK Negeri Hadhari yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu. Adakah PUKIMAK sedar bahawa Sultan adalah lambang kedaulatan orang Melayu?

Dahulunya PUKIMAK marah apabila Parti Ah Seng memulaukan keputusan Istana Ridzuan, malah, kita memaki-hamun Parti Ah Seng kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Negeri Hadhari keadaan terbalik pula, PUKIMAK sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka.

Sepatutnya PUKIMAK Cawangan Hadhari perlu mengambil iktibar dengan situasi yang berlaku pada ketika ini dan bukannya memalukan orang Melayu sebegini rupa. Hentikan perkara mengarut ini, jangan sampai rakyat hilang keyakinan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Sunday, March 09, 2008

The Day After Pilihanraya

Yup..yesterday everybody are busy asking each other "Oitt..sudah menggundi kaa??" (Have you cast out your vote yet?) but like I said before, I don't give a damn about myself going out voting.

Actually I lied. Not that I don't care about what happened in my country..but I'm too frustrated about this country's politic scenario..but again..I am wrong.

After all hard work from both BN's and the Opposition's, finally I see light in the end of the tunnel..

Anyway, BN still won though ... but with less majority... and 5 states have fallen to the opposition.. that's the price to pay when you're playing with the people's intellectuality...don't think we are dumb to let all these corruptions continues..

Just to say that I am happy with this year's Pilihanraya...maybe next time I'll go out voting and fulfil my responsibility to the country..

I'll continue later coz I'm in the rush. Maybe I'll update this frequently if my office's server didn't block blogger.com..till then..adios..

P/S: I still wonder why Terengganu's people still blind enough to see the light of hope..