Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan

Lepas aje aku balik dari Penang (ari Jumaat), terus aku kena pergi ke Rompin..lebih tepatnya di Summerset Resort, Rompin untuk satu program yang dinamakan Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan.

Fuhh...dengar nama program aje dah ngeri..tapi rupanya program ni lebih kepada team building aje..tapi menyeronokkan..jika anda semua follow dengan hati yang terbuka serta niat untuk enjoy sambil belajar..

Atleast aku tak laa boring sangat sebab ada geng-geng se-opis (geng merokok) pun sama kena pegi kursus ni..

Dari segi pengisian program ini, memang best dan banyak perkara yang membuka minda dapat aku pelajari...

Nak diceritakan disini memang tak tido malam laa aku nak tulis semua..tapi dari masa ke semasa aku akan kongsikan dengan para pembaca semua melalui post-post aku di masa akan datang..sharing is caring kan..

Tapi, aku memang takde ambik gambar sepanjang kursus ni diadakan..so sorry guys..

Saturday, April 04, 2009

Little Refreshment

Aku dah tak tau apa nak diupdate. So aku postkan gambar aku masa bulan Februari lepas..


1. KURSUS PENGURUSAN TATATERTIB, DI CAMERON HIGHLANDS.


Ni adalah kedai makan 1st aku lepak..malam tu agak sejuk jugak laa sebab aku pakai tshirt aje. Jam dah pukul 10.45 malam..ni aje kedai yang bukak..aku order teh tarik aje. Tapi, tak sampai 5 minit, teh tarik aku dah jadi teh ais..


2nd day, lawatan ke Bharat Tea Plantation..


Day 3, Aku pegi ke Boh Tea Centre, Sungai Palas..




Ni adalah kayu pokok teh yang ditebang dan disusun rapi..bukan nak rebus buat teh..



Rupa-rupanya dijadikan dinding...suatu idea yang inovatif dan kreatif..


Hmm..mana gambar kursus ek?? Hehe..aku takde ambik sekeping pun time kursus..sori..


2. LAWATAN KE KOTA MARUDU


Next week lepas ke Cameron Highlands, aku disuruh pergi ke Kota Marudu untuk menghadiri Majlis Perasmian INFOSTI@MOSTI.. amenda menatang nih, jangan tanya aku..aku tak tau dan aku tak ambik tau...lagipun ni hanyalah lawatan 1 hari aje..


Setiba di KK, aku stay di Promenade Hotel..



View dari bilik aku...bosan gak laa trip ni sebab sekejap sangat..tak sempat nak jalan-jalan..


KL-KK tiba kul 8.30 malam, pastu 0600 pagi ke Kota Marudu, kul 1300 back to KK dan 1700 KK-KL..lebeh kurang 2200 aku dah sampai kat umah..just a 1 day trip..tapi aku tak kesah sangat jika ianya KK..sebab aku tahu aku akan ke sini sekurang-kurangnya sekali setahun..


Sunday, January 18, 2009

Kisah Minggu Ini

P.36

Menatang apa P.36 tu?? No plat keta kah? No rumah mak mertua kah? 

Bukan..sebenarnya huruf P tu maksudnya kerusi Parlimen dan 36 tu adalah no kawasan iaitu di tempat aku dilahirkan, Kuala Terengganu. Ada pilihanraya kecil di P.36 disebabkan Ahli Parlimen nya telah meninggal dunia semasa bersukan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. 

Jadi yang bertanding kali ini adalah Abdul Wahid Endut dari PAS, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Hari ini, pilihanraya tersebut telah diadakan dan calon PAS telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,631 undi. 

*Tapi, aku frust betul sebab sehingga hari ini, aku tak pernah pegi mengundi. Ada aje aral yag menghalang aku dari menunaikan tanggungjawab aku yang 5 tahun sekali tuh..


PAC

PAC?? Pun menatang apa nih?? Pac man kaa?? Pachat kaaa??

Kawan aku dah ceritakan secara lanjut mengenainya di sini

Apa-apa pun, aku berdoa agar aku dan sahabat-sahabat yang lain, tidak mempunyai banyak masalah sepanjang program ini diadakan tidak kira samada siri 1 atau siri 2. 

Kawan-kawan yang kena pegi Siri 2, selamat berjumpa di IKHWAS (INTAN Wilayah Selatan). 


LCCT Labu

Kes nak buat lapangan terbang baru di Labu nih aku tak berapa faham..kenapa nak buat banyak-banyak lapangan terbang kat satu tempat? Ramai benor ke pelancong ke Malaysia atau ramai sangat ke rakyat Malaysia nih nak naik kapalterbang sampai tak muat KLIA? Apesal tidak dibuat di Pulau Pinang yang memang memerlukan lapangan terbang yang lebih besar?? 

Ntah laa..korang pikir laa sendiri. Mungkin rakyat dah beri amaran dengan keputusan pilihanraya di P.36 tu kot..buat tak reti lagi, aku tatau laa..

Wednesday, August 22, 2007

Meeting in Tioman Island

After LID in Langkawi, I have to left my wife alone again for a stupid JKP meeting in Tioman Island. Its all because our big boss wants to go snorkeling. Im so fucked up..



But I am a positive person, I will bring my camera together and try to snap some nice picture to show to my wife. Maybe in the future, i'll try to arrange a trip there..just for both of us..oh yeah, i forgot......theres another person will always follow us after this...this little devil inside her belly.

Tuesday, April 17, 2007

Kursus Pengucapan Awam dan Penulisan Teks Berkualiti



Pada 9-12 April, aku kembali ke INTAN Bukit Kiara untuk menjalani Kursus Pengucapan Awam dan Penulisan Teks Berkualiti.

Puan Rahimah Yeop yang sememangnya aku kenali sekarang dah ada 'sidekick' baru iaitu Puan Siti Mariam. Dua-dua orang ni memang layak masuk Program Komunikasi dan Pembangunan Latihan, INTAN.

So kelas kami ada 14 orang. Sayangnya, last day iaitu hari persembahan ucapan, salah seorang dari kami, Encik Roslan terpaksa pulang ke Pulau Pinang kerana bapa mertuanya meninggal dunia. Al-Fatihah.

Gambar ini diambil pada majlis penutup kursus ini. Aku rasa kursus ni best kerana tenaga pengajarnya yang berdedikasi dan penyertaan yang sangat baik dari peserta. Aku juga dapat berkenalan dengan kawan baru yang semuanya tidak pernah berjumpa sebelum ini. Atleast dapat jugak tambah network terutamanya dengan penghulu kami, dari Telekom Malaysia, dan juga yang lain terutama dari Pejabat Mufti, Agensi Dadah Negara, Pembangunan Wanita, JKR, Jabatan Penerbangan, Muzium Negara, LHDN, Bomba dan juga Pejabat Undang-undang.

Antara yang menarik kursus ni, pada hari terakhir kami disuruh membuat pengucapan awam dan pengucapan awam kami dinilai oleh ahli kelas sendiri. Keputusannya, tempat pertama dimenangi oleh penghulu kami, tempat kedua oleh Cik Edawati dari Pembangunan Wanita dan ketiga oleh En Baharuddin dari Agensi Dadah.

Walaupun aku takde tempat langsung, tapi aku puas hati dengan ilmu yang aku perolehi dari kursus tersebut.

Kepada sahabat-sahabat kursus Pengucapan Awam dan Penulisan Teks Berkualiti, harap panjang umur dan murah rezeki, semoga kita berjumpa lagi.