Tuesday, December 07, 2010

Volleyball

Sabtu dan ahad lepas adanya pertandingan bola tampar Inter Agensi MOSTI..aku sudah tentu mewakili MOSTI dan rasanya kali ini adalah kali terakhir aku mewakili MOSTI dalam mana mana acara sukan..

ini adalah team kami...tanpa spiker sorang lagi sebab kena main tenis di tempat yang berbeza...aku adalah orang yang paling berbeza di antara semua..
Aku sedang beraksi...

Kepenatan selepas perlawanan...

Seperti biasa, team kami berjaya ke suhu akhir dan seperti biasa juga kami bertemu team lama aku iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Team ini merupakan team agak mantap dan sentiasa menjadi 'seeded team' setiap tahun.

Walaubagaimanapun, tahun ini team kami membuat kejutan di mana JMM tewas 13-25, 25-22, 15-8 dan kami ke separuh akhir..kitaorg melompat macam dah jadi juara..dan sangat teruja..tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk melangkah ke separuh akhir..

Disebabkan kepenatan kami tewas di separuh akhir..namun, jauh dilubuk hati, aku puas hati!!

Nota : selepas game, aku rasa sangat sakit di tulang belikat dan tulang belakang...sampai hari ini..nak menoleh ke kiri dan kanan pun sakit...harap-harap jangan laa kecederaan sendi facet.




Friday, December 03, 2010

Hari ini

Hari ini..last day aku menjadi Bos Kecik di Kementerian ini..semua staf aku nampak sedih sikit..tapi gembira banyak..hahahaha..

So, bermula isnin depan, secara official nya aku bertukar ke pejabat baru yang terletak di Bukit Kiara..

Semoga pertukaran ini merupakan titik permulaan yang baru dalam kerjaya aku dan juga hidup aku.. Amin.

Thursday, December 02, 2010

1 Disember

Semalam 1 Disember...ada 3 peristiwa yang berlaku..

1 Peristiwa disambut diseluruh dunia...iaitu Hari Aids Sedunia..aku pon tak paham, kenapa nak sambut Aids..bukankah itu penyakit..dan adakah pada 1 Disember ni semua orang takkan dijangkiti virus HIV?? Entahlah...

1 Peristiwa lagi rasanya dikeji oleh seluruh rakyat Malaysia di mana pada malamnya Malaysia telah dibelasah 5-1 oleh musuh dari seberang iaitu Indonesia..betul betul telah diganyang oleh mereka..tapi sukatilah..i dont care much nowadays..i just feel pity to them..adakah mereka suka suka untuk kalah?? Real Madrid pon kena belasah 5-0 dengan Barcelona..dan adakah mereka berkehendakkan keputusan tersebut untuk berlaku? Rasanya tidak..

Dan 1 lagi peristiwa belaku ke atas diri aku di mana aku telah selamat melaporkan diri di pejabat baru iaitu di Pusat Sains Negara, yang terletak di Bukit Kiara, kira-kira 10 km aje dari rumah aku..aku tak tahu samada nak celebrate atau tak memandangkan banyak masalah yang ada di organisasi yang kecil tersebut..walaubagaimanapun aku tetap mengambil tanggungjawab tersebut dengan hati terbuka..but the thought of quitting this job is getting stronger and stronger...and i'm just waiting for the right moment..

Additional info :

1 Disember juga merupakan hari di mana minyak RON97 naik 15 sen menjadikan harganya RM2.30...maka perbelanjaan minyak keta aku juga akan meningkat lebih dari 15 sen, sebab sekali isi atleast 30 liter..

Friday, November 19, 2010

Hmm...Update serupa takyah update tapi lebih baik dari takde langsung

Aku rasa memang aku takde passion dalam bidang blogging nih..even bini aku yang baru bersalin tuh lagi rajin tulih blog...

Apaa?? Bini aku yang baru bersalin?? Owh ya..aku lupa nak cakap yang bini aku dah bersalin anak kedua kami..rezeki kami dapat anak pompuan lagi..
So, selamat datang Mardhiah Humaira..semoga menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya dalam hidup..

Lagi update pasal aku, aku dah berjaya menjadi seorang pengguna BlackBerry Bold 9700..so kenkawan yang juga ada BlackBerry, silalah add aku menjadi buddy anda supaya kita bole bersembang secara percuma melalui BBM..

Pengalaman di China..owh ya..aku lupa nak citer pasal trip aku ke China selama sebulan..tapi aku rasa mcm dah basi citer nih..biarlah aku simpan segala pahit manis aku di sana..korang nak tahu, banjer aku teh tarik..baru aku citer..hehehe. Tapi aku kongsi laa satu gambar time aku kat sana.

Gaya kepenatan lepas naik Great Wall sampai ke kemuncak..

Monday, October 18, 2010

Apsal senyap

(gambar Akan dimasukkan kemudian)

Ni adalah makanan Malaysia terakhir aku di bumi Malaysia minggu lepas.

It took us about 12 hours utk sampai di Qingdao sebab kena transit di Beijing. Beijing ni sangat besar rupanya. Even utk transit dari international flight ke domestic flight pun kena naik bas dan jaraknya lebih jauh Dari KLIA ke LCCT.

Apabila sampai, Aku diberitahu yang Facebook, Twitter dan Blogging adalah dilarang keras di negara China. Sebab tu laa aku senyap membisu lebih kurang seminggu. Nasib baik jugak laa, Aku boleh video call bini aku guna YM. Aku tau better guna Skype tapi bini aku takde akaun Skype.

So, sehingga harini barulah aku menjumpai cara macamana nk masuk ke Facebook Dan Blogspot.

Sebab aku guna iPod je tulis blog ni, gambar tak dapat dimasukkan.
Tunggggguuuu!!!!!!

Wednesday, October 06, 2010

Berat Hati


Dalam post yang lepas, aku ada bagitau yang aku akan bertugas di negara orang kan?? Pada ari ahad ni bersamaan dengan 9 Oktober 2010, aku akan berangkat ke Qingdao, terletak di daerah Shandong. And of course, ianya berada di Negara China.

Daripada apa yang aku search kat Lebai Google, Qingdao ni tempatnya cantik..seperti gambar di bawah..cuma apa yang aku gusar, adalah mana nak cari makanan halal di sana sebab aku dah search halal food, takdepon restoran yang serve makanan halal kat sana..(adakah aku boleh menggunakan terma darurat dalam situasi sebegini?? Hehehe)

Kenapa aku kena pegi sana??

Kementerian aku hantar aku supaya sertai Seminar on System of IP and Development of Science & Technology, Trade & Economy for Developing Countries. Kenapa aku terpilih?? Jangan tanya aku..maybe sebab aku hebat dan hensem kot. Muhahaha..

Aku akan berada di China selama sebulan..walaubagaimanapun, toksah laa nak request supaya aku beli memacam benda mengarut di sana kerana poket aku agak limited dan aku hanya diperuntukkan luggage weight sebanyak 20kg sahaja..

Abih tu kenapa tajuk post ni Berat Hati??

Banyak sebab kenapa aku rasa berat hati nak pegi ni..

1. Isteri tercinta tengah tunggu due nak melahirkan anak kedua kami..lagipon takde sedara mara yang boleh diharapkan jika berlaku apa-apa kecemasan.
2. Aku mesti akan rindu dengan Semek Debek aku and of course bini aku jugak laa..
3. Aku taktau makanan apa kat sana yg best dan halal...

So, just wait for my updates once aku dah kat sana..kali ni memang aku selalu kena update..bagi mengubati rindu bini dan anak aku kat Mesia...(tapi tertakluk kepada internet connection jugak laa)



Tuesday, September 28, 2010

Aiyarkk..berlumut!!



Aku rasa last aku hapdet blog ni adalah seblom raya...kalau periuk nasi dibiarkan selama ini, maka akan tumbuh segala flora dan fauna kat dalam periuk tuh..hehehe

Aku perasan, semenjak dua menjak ni bini aku lagi rajin tulih blog dari aku. Kiranya hampir setiap minggu ada aje post baru yang dia buat....takper tu tandanya dia tak banyak keja...hehe

Aku baru sahaja balik dari Batu Pahat. Ada event yang Kementerian aku buat..Namanya Karnival Malaysia Inovatif 2010..terbahagi kepada beberapa zon iaitu Zon Utara, Zon Sabah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sarawak, Zon Tengah dan akhir sekali Grand Festival di Bukit Jalil..

Bahagian aku ditugaskan untuk mengetuai AJK Jemputan dan Protokol..so, turn aku adalah di Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Sarawak..zon Timur dah settle akhir bulan Julai lepas..so, Zon Selatan baru je settle..sekarang team aku sedang prepare untuk Zon Sarawak..cuma kali ni aku tak dapat lead diaorg lagi sebab aku ada tugas di negara orang..

Haaa?? Kat mana?? Nanti aku cerita...



Thursday, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA!!



Esok menandakan hari terakhir umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan kerana Syawal bakal tiba..

Esok juga lah aku akan pulang ke kampung halaman untuk meminta ampun dan maaf ayah dan bonda..

Kepada sahabat - sahabat yang masih mempunyai ibu dan bapa..1 Syawal merupakan hari mulia yang penuh dengan hikmah untuk kita memohon keampunan dan menzahirkan semangat kekeluargaan yang kian pudar dek kesibukan seharian..

Moga-moga semangat itu akan terus mekar dan kekal selamanya.

Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca tidak kira samada pembaca tegar, pembaca senyap (silent reader) dan pelbagai-bagai pembaca lagi..sesungguhnya aku amat hargai kerana kalian sudi meluangkan masa yang berharga itu untuk membaca nukilan aku yang mengarut ini.

Kepada sahabat yang pulang ke kampung halaman dengan kenderaan sendiri..silalah tunggang/pandu dengan cermat..walaupun sudah lambat, tapi jika penat berhenti sajalah, nak laju pun tak kemana jugak..saper suruh ko balik lambat ( sambil melihat kepada diri sendiri di dalam cermin).

Seandainya tuan/puan juga berasal atau kebetulannya beraya di negeri hamba yang yang tersohor ini, sudilah kiranya tuan hamba menghubungi hamba untuk sekadar sembang sembang di sesi teh tarik (jika ada warung yang bukak laa tak pon datang aje laa umah aku).

Wassalam..

Monday, September 06, 2010

Mood Raya

Salam semua..

Aku veri in der mood untuk Raya dah.. keja dah mcm malas nak pegi...tapi apakan daya, bini pulak takdak cuti..so, aku terpaksalah balik kampung petang sebelum raya..orang Terengganu panggil "Petang megang"..

So, aku akan postkan ucapan Selamat Hari Raya aku dalam post yang akan datang. Cuma kali ini bagi mereka yang dah mula memandu pulang ke kampung..aku cuma nak kata..aku jeles kat korang..haha

So, disebabkan aku jeles..aku nak kongsi something yang berguna untuk kita semua iaitu cara-cara setting side mirror yang betul

(sila klik untuk imej yang lebih besar)

Friday, August 27, 2010

Selamat Berbuka Puasa Di Kampung

(gambar dicilok dari blog saudari Nurita)


Hari ni kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman aku di Terengganu..tujuannya adalah untuk beralih selera dan berbuka puasa bersama keluarga..dah lama kami tak berbuka bersama-sama..last pun tahun lepas (memanglah puasa setahun sekali jeee). Lagipon, kami pulang beraya nanti pun pada petang raya..memang dah tak sempat, tambah dengan traffic jam di highway nanti..

So, aku dah teruja..selamat pulang ke kampung...dan selamat menyambut kemerdekaan ke 53.

Namun, disebalik kegembiraan menyambut hari merdeka tu, jangan lah lupa hari ini Nuzul Quran..carilah keberkatan pada hari yang istimewa ini..perbanyakkan amalan..gembirakan ibu dan bapa (jika mereka masih ada) seperti yang akan aku buat nanti...

P/S: Tujuan lain nak balik kampung adalah utk tunjuk keta baru..tunggu Raya lama sangat.

Tuesday, August 24, 2010

TAH 9709

18 Ogos adalah hari terakhir aku memandu kereta Perotong ku..sedih jugak rasanya dah 5 tahun aku lenjan..skali dah nak trade in..

Sepanjang aku guna Perotong Gen2 ni..alhamdulillah takde sebarang masalah dan pemanduan sangat mantap. Hanya disebabkan mileage dah agak tinggi dan kerisauan sang isteri yang agak kurang boleh memandu kereta manual antara sebab kami terpaksa 'let go' keta ni..

So, selamat datang Forte. Masuk hari ni dah 3 hari lah aku drive keta auto plak..time aku outstation jauh nanti, harapnya dapatlah ia membantu sang isteri ke pasar dan pegi kerja..

Kaler nya aku pilih sama seperti yang lama..dan no plat pun aku ambek dari keta lama (apa kelass guna plat wilayah) ..

So, welkam the new TAH 9709..He will leave you speechless..

Saturday, August 21, 2010

Cerita Memalukan di Bulan Puasa

(sila klik untuk dibesarkan)

Ahlan Wasahlam??? Kah kah kah
Ramadahan???....Kah kah kah

Sekali lagi..aku kechiwa...ini menunjukkan tahap pendidikan pengikut politik sangat rendah di negeriku tercinta..

Majlis pula dibuat di sekolah rendah yang juga menjadi tempat aku menimba ilmu..

**aku berharap agar gambar ini adalah super-impose semata..

Thursday, August 19, 2010

Kisah Seminggu Ramadhan

Hari ni kiranya dah lebih seminggu umat Islam menunaikan ibadat puasa bagi yang menunaikannya..sebab ada jugak yang kena tangkap tak berpuasa dan pakej bersekali dengan berkhalwat..

Kes buang anak makin menjadi-jadi sekarang, setiap hari mesti ada orang buang anak..woii kucing pun takde hari-hari buang anak tau!!

Semalam juga adalah hari terakhir aku memandu kereta pertama ku, Gen2..namun bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belangnya, kereta ku jual meninggalkan no plat nya...

Di kesempatan ini juga, aku memohon kepada para pembaca supaya berdoa kepada Ilahi agar dipermudahkan segala dugaan yang dihadapi oleh sahabat lama ku..enche Yusman Hambali (Sme)..anaknya Thaqif (@bacin²), yang baru berumur 2 tahun diserang penyakit pneumonia. Semoga Allah mempercepatkan penyembuhannya, supaya dapat dia bersama-sama keluarga menyambut hari raya yang penuh kegembiraan ini..buat sahabatku Sme, harap bersabar dengan dugaan Allah ini..




Thursday, August 12, 2010

Kisah di hari ke 2 Ramadhan

Hari ini dah masuk hari ke 2 umat Islam berpuasa. Dibulan ini juga lah berpusu-pusu manusia akan berniaga terutamanya juadah untuk berbuka puasa. Penyanyi pon buleh stop menyanyi untuk jual air tebu dan roti john.

Di bulan puasa juga lah, makanan yang payah orang nak beli ( contohnya kuih apam) dan sebelum ni time tak puasa, tengok pun menyampah..tapi tiba time puasa tetiba sold-out plak..

Peniaga pulak mengambil kesempatan ini untuk bermain dengan harga makanan masing-masing. Onde-Onde dijual dengan harga 3 biji seringgit pun habis licin sebelum azan maghrib..ikan keli bakar yang sebelum ni harganya 2 ringgit seekor, time puasa melambung harganya menjadi 4 ringgit setengah..pun berduyun-duyun orang yang membeli.

Sekali sekala, rasa marah ada jugak melihat peniaga yang mata duitan begitu..tapi jika diselidik, rata-rata yang meniaga adalah penghuni rumah flat dan rumah kos murah serta penerima bantuan kebajikan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia, sekali setahun menyumbang kepada kebahagiaan orang yang kurang merasa kesenangan hidup, apalah salahnya...rezeki mereka.

Tapi, jangan pula melampaui batas..jangan pulak sesenduk sayur air dijual lima ringgit..seekor sotong bakar bersaiz sejengkal harganya lima belas ringgit..

**Hari ini aku berbuka hanya dengan nasi berlaukkan sayur kobis, ikan tenggiri yang digoreng oleh isteri tercinta dan dicicah bersama budu yang diimport khas dari Kazakhstan..opss silap...Kelantan..

sedapnya tidak terkira...Alhamdulillah..

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, bulan Ramadhan akhirnya kembali dan kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana dapat sekali lagi bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini.

Justeru itu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia umumnya dan rakyat Malaysia khasnya.

Kepada sang isteri, silalah masak yang terbaik dan sedap-sedap untuk suami dan anak-anak kerana kegembiraan suami di bulan puasa memungkinkan anda mendapat perabot baru, langsir baru, henpon baru ataupun 'barang kemas' baru untuk diperagakan kepada sahabat handai di Hari Raya kelak..jangan pula anda mendapat madu baru pulak yee..

Kepada para suami, silalah jaga pemakanan anda, jangan pula sampai dapat pingat PJK (Perut Jauh Kedepan) menjelang Hari Raya nanti yek..dan time berbuka tu jangan sesekali menunjukkan gelojoh anda di depan makanan, malu skit kat anak-anak yang baru belajar puasa tu..pandangan mata juga harus dikawal bagi mendapatkan pahala yang optimum..

Kepada golongan-golongan yang tidak diwajibkan berpuasa, sila jangan menyebuk ketika orang yang berpuasa membeli makanan dan juadah untuk berbuka..dan juga jangan mencabar kesabaran orang yang berpuasa dengan terus menyuap makanan atau minum air yang dibeli di depan-depan gerai tu jugak selepas membayar, perbuatan tersebut adalah biadap..ingatlah, ada orang lain yang lebih lapar disekeliling anda..

Selamat Beramal..

Monday, August 02, 2010

Helang Terbabas



Aku no comment..cuma tumpang gelak je..

Pesanan penaja :
Elok-elok laa bawak harta rakyat tu..mentang-mentang keta best, minyak free, tol free, maintanance free..janganlaa bedal pegi bawak laju-laju tiap hari...

...Errr..kursus advanced driving dah pegi ke??? kah kah kah..

Sunday, August 01, 2010

Family Trip : Kundasang Day 1

Keesokkan harinya, kami dah bangun seawal pukul 6.30 pagi, tapi di negeri di bawah bayu ni, pukul 6.30 pagi pun dah macam pukul 8 pagi.. Selepas membuat persiapan, kami pon bertolak..dijangkakan perjalanan kami mengambil masa dalam 2 jam setengah..
Selepas sejam perjalanan, kami mula merasa 'breeze' angin yang sejuk..dan aku baru perasan suatu permandangan yang cantik di sebelah kiri aku..

Jika korang terjumpa signboard ni, maknanya dah betul laa tu jalannya..

Setibanya kami di kundasang, kami lajak sedikit untuk melawat 'Poring Hot Spring'. Katanya dulu Sabah ni masih ada gunuh berapi yang kurang aktif, sebab tu laa di kawasan gunung sebegini pun ada kawasan air panas. Sesiapa yang melawat ke Kundasang tidak sah kalau tidak melawat 'Poring Hot Spring' ni..

bersambung...

Family trip : Kundasang - 1 day before

Huhuhu..rasanya dalam 2 minggu jugak aku tak update blog ni..ni sebab aku memang sangat bizidengan hidup dan satu lagi aku mengikuti bini aku untuk balik ke tanah tumpah darahnya iaitu Sabah di Bawah Bayu..
Kami menunggu di KLIA selepas check-in..dengan perasaan tidak sabar dan akhirnya kami telah dipanggil untuk boarding ke kapal terbang..huhuhu..

Dalam pukul 5 petang kami tiba dan disambut oleh bapa mertua yang kemudiannya membawa kami minum-minum sambil menikmati tiupan 'kencang' angin laut di Tanjung Aru.

Dan macam biasa, jika kami sampai di KK, malamnya akan diisi dengan acara makan malam yang sedap..dan kali ini kami ke Restoran Masakan Sedap..fuhh dari nama pun dah cakap sedap..so kami harus makan dengan penuh selera kerana besok kami akan memulakan perjalanan ke suatu tempat yang aku tak pernah pegi lagi nih..


Dan hasilnya...licin!!! (dan poket aku turut licin..)