Tuesday, June 10, 2008

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin oleh Mufti Perlis

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?” Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini.

Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap.

Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperoleh ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Thursday, June 05, 2008

78 sen..realiti kehidupan



Semalam aku telah melihat kesesakan yang tak pernah aku alami di Petaling Jaya. Setelah bawak parents aku ber'shopping' sakan di SOGO, aku menghala balik ke rumah dan mendapati stesen-stesen minyak mulai sesak..aku dah syak sesuatu mesti dah berlaku. So, bila sampai di rumah..apa yang aku dah agak akan berlaku memang berlaku.

Lepas solat maghrib, aku terus menghala ke stesen minyak nasional terdekat..hasilnya aku dapat mengisi minyak 'full-tank' hanya pada pukul 11.15 malam..

Kenaikan harga minyak dah lama aku agak..tapi kenaikan 78 sen kepada RM2.70 kali ini pada aku memang agak kejam laa..sepatutnya kerajaan harus lebih peka..mau atau tidak harga barang juga akan turut naik..kepada orang macam aku nie walaupun pendapatan boleh dikatakan agak selesa, pun merasakan tekanan yang bakal tiba..tapi, bagaimana pula golongan-golongan sokongan yang rata-ratanya berpendapatan di bawah RM1600 aje sebulan?

Kenaikan 78sen bakal memberi impak besar kepada rakyat..walau subsidi RM625 diberi tapi itu bolehlah diibaratkan 'gula-gula dalam tepung' aje.

Lihat sahaja semalam, betapa hanya 78sen membuatkan rakyat huru-hara dan pengusaha stesen minyak tersenyum lebar..'memang lain dari biasa'.

Kepada Kerajaan, syabas..anda memang berkuasa..

Friday, May 30, 2008

P.S. I Love You




This is not a post for the latest romantic movie nor a movie review neither.


This is all about her : Mel Mel


and her : Emi


Of course there is one more person that I haven't snapped her picture and put it inside my new laptop. She is my mother a.k.a. Mi.

P.S. I Love You All.

My New Gadgets


This is my new toy..... Acer Aspire 4920G...
Powered with Intel Core 2 Duo 2.2Ghz (800MhHz,4MB FSB, 4MB L2 Cache) Prosessor, 3 GB DDR2 Ram, 1024MB ATI Radeon Graphic Card, 250 GB HD, Blue Tooth 2.0+EDR, yada..yada..yada or you can read it all here.
But the most important part is that I can surf anywhere I want, update this goddam blog anytime I want, connect with everybody as I always wanted..HELL YEAH!!!

Monday, May 05, 2008

Mother's Day Special

Hari nie Hari Ibu...so aku nak share satu citer ngan korang...

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak.

Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan sebahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :""Makanlah nak ibu tak lapar."

** PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.*

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu..Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."
** PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.*

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."
** PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.*

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!"
**PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.*

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yangkeras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."
** PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.*

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit."
**PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.*

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran keperingkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."
**PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.***

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."
** PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.*

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu*

Mie..Wa sayangkan Mie...

Minggu-minggu berlalu

Semenjak kelahiran Emi Wardiah, jarang aku tulih dalam blog nie. Melayan tangisannya yang mahukan susu begitu mengasyikkan. Sekarang dia dah nak masuk sebulan..aku pun dah masuk kerja, berjauhan dengan anak bini (mereka masih di Terengganu)..rindunya aku pada mereka.



Dua minggu lepas (19-24 April), aku kena menemuduga calon-calon untuk skim separa perubatan. Seorang sahabat dari SPA meminta tolong, jadi apa salahnya..lagipun temuduga tu di Terengganu..

Lepas tu ( 28-30 April), Aku di Hotel Cititel, Penang berkursus..sempat jugak aku keluar minum malam dengan Sme, sahabat semaktab time MRSM Taiping dulu dan sekarang masuk servis pun satu batch ngan aku..(walaupun aku masuk lewat skit laa)..


So, lepas outstation yang lama, barulah aku masuk opis balik...and here I am..going to office as usual and updating my blog with my mind has long flew to my home in Terengganu..wondering what my wife and cute little Emi were doing right now..

Wednesday, April 16, 2008

My #100th post

Yeah...tak sangka dah sampai post yang ke 100...

Aku hanya akan membiarkan post ini kosong..kadang-kadang tidak menulis apa-apa juga ada maknanya yang tersendiri..

P/s: padahal aku penat. Baru balik outstation..dan terlalu banyak idea nak tulih tapi tak tau nak start dari mana ..

Monday, April 14, 2008

Bush And Pak Lah

Actually I got these from the net...just want to share it to others. It just a joke. No offence Dato Seri..


I got an SMS (a fictitious one I suppose) from a CIA agent who managed to pick up their conversations. Perhaps it would be of interest to us all. Of course the critical ones have to be dropped for security reasons.

As both leaders sat down at the posh Oval Office, Bush made the first move by asking Pak Lah: So how is Malaysia today?

Without much hesitation Pak Lah replied: That website is a pain in the ***. But I thought they were being funded by your people in the CIA, are you still funding them?

Bush frowned not knowing what the hell the PM was talking about, but when on to ask the next question:I am afraid I have not much time, as other leaders are waiting outside. Do you require any aid from us Mr Prime Minister?

Pak Lah smiled and confidently replied : AIDS in Malaysia is under control Mr President, we got rid of Mahathirs daughter as its head, now it OK. Please dont give us any more AIDS Mr President, please.

Bush scratched his head, not wanting to embarrass the PM he moved on : Southern Thailand is becoming very volatile a threat to peace and stability in your region. I m sure you are told of the incident in Haadyai.

Pak Lah happily replied: Oh yes Haadyai is a lovely place, heaven to some. They have lots of entertainment there. Massage parlours and .......

Immediately Bush cut him off and angrily shouted : I meant the bomb incident there Mr Prime Minister!

Pak Lah softly replied: It was not my son. Nuclear centrifuge they say was supplied by my son. No he is not into making bombs Mr President not him nor his company nor his associates.

Bush was so frustrated, and he asked: Have you got a hearing problem.

Mr Prime Minister Dollah nodded and said: I am waiting for the hearing.

Bush retorted: What hearing?

Dollah replied instantly: The one where Anwar is suing Mahathir for defamation.

With his patience almost gone Bush asked: Are you really in control Mr Prime Minsiter?

Hesitantly Pak lah replied: Yes I am with my son and son in law, we are all in control, which you dont have to worry Mr President.

To which Bush shouted: Next leader please!

Dollah stood up and shake the Presidents hand:Thank you so much for your time.

Later outside the Oval Office, TV3, Bernama, NST and all their spin doctors crowded around Dollah for a brief press conference.

A reporter questioned: How did the meeting go Pak Lah?

Pak Lah looked him in the eyes and said: Suatu perjumpaan yang sangat penting dan bermakna.

Saturday, April 12, 2008

UDINHO

Kali ni 'off topic' jap...aku nak memperkenalkan kawan aku.

Orang panggil diaUdin..berusia 28 tahun dan masih single n available..

So, I'm just doing him a favour coz he is the type of guy who has series of unfortunate love stories. To girls out there, pm me if you want Udin's number..hehe

Udin,
Ko jangan cakap aku tak pernah tolong ko cari awek...

Welcome to the world


Sangkaan aku tepat, tak sempat kami balik ke Terengganu, Maymel sudah dimasukkan ke wad bersalin. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Selamat datang Emi Wardhiah ke dalam kehidupan ku..

Kepada Maymel, terima kasih kerana melahirkan bayi yang comel untukku..pengorbananmu akan dikenang selamanya dihati ini..

Emi Wardhiah, kaulah penyeri di rumah kita sekarang. Walaupun bersengkang mata untuk menjaga mu dimalam hari, namun hati ini puas kerana kini dia telah bergelar seorang bapa.

Maymel dan Emi Wardhiah..I love both of you with all my heart.


Friday, April 04, 2008

Dejavu

Hari ni Mi n Abah akan sampai pukul 10 malam..lega rasanya bila ada orang tua yang lebih berpengalaman di samping kita di kala nasihat dan panduan mereka sangat diperlukan. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Amin.

Risau jugak aku bila Maymel asyik mengadu sakit-sakit..aku hanya mampu tenangkan perasaannya aje. Muka pun kena nampak konfiden..walaupun di dalam hati sebenarnya dah macam enjin F1.

Hari ini juga, bos aku khabarnya dah dapat surat tukar. Senyum lebar dari pagi bila JPA luluskan permohonan pertukarannya balik ke negeri asalnya. Mungkin juga gembira kerana yang tersayang juga di sana. Hmmm..macam pernah ku alami situasi ini..

Dulu bos aku dapat tukar, aku pun tukar sekali tidak lama lepas tu.
Sekarang bos aku tukar lagi, harapnya berlaku sekali lagi..dejavu!

Wednesday, April 02, 2008

Masanya hampir tiba

Jam 5 pagi tadi, Maymel kejutkan aku. Dengan mamainya aku pun bangun laa.. Dia memberitahu aku bahawa ada cecair yang keluar dari badannya lalu menunjukkan tompokan pada katil kami.

"Hmm...ni kencing malam kot" tanyaku dengan mata hampir terpejam..

"Takde pulak rasa terkencing"

Aku dah berdebar..aku rasa risau..

Adakah masanya hampir tiba??

Pagi yang gelap..kini sudah terang

Hari ini, seperti biasa aku hantar isteri ke tempat kerja sebelum aku menghala ke arah bertentangan demi mencari sesuap nasi. Namun didapati pagi ini agak berbeza kerana ianya lebih cerah dari biasa.

Kedengaran sudah riuh di Kementerian yang berteknologi tinggi dengan lobi aras 1 bernilai jutaan ringgit bahawa orang yang selama ini digeruni dan ditakuti tidak kurang juga dikutuk dan menjadi isu hangat di kedai-kedai kopi berhampiran telah ditukarkan ke bangunan yang tidak berapa jauh dengan Kementerian lamanya.

Maka segala rakyat jelata di sana telah menyambut berita ini sebagai satu rahmat yang turun dari langit, konon-kononnya mereka telah mengeluarkan belanja dari poket mereka sendiri untuk membeli pisang untuk disedekahkan. Tidak kurang juga yang menjadikan perkara ini sebagai satu peringatan supaya tidak mengulangi perbuatan durjana yang sama.

Kepada "you know who" :- Ingatlah..bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Pangkat dan darjat yang dikurniakan hanya sementara, Allah telah tunjukkan bahawa dalam masa sehari segala-galanya boleh berubah. Renungilah kejadian ini sebagai satu hikmah atau hidayah dari Allah kerana Allah Maha Menyayangi..

P/S: Terimalah lagu dari Hujan- Pagi yang gelap (modified)

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Pemergianmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Memang niatku menyimpan dendam
Hakikatnya benci yang mendalam

Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata KSN dengar sahaja
Cerita banyak pun dah tak guna

Pagi yang gelap, kini sudah terang
Aku macaimu dan engkau bos
Ku amat sakit hati dengan mu

Pagi yang gelap, kini sudah terang
Aku macaimu dan engkau bos
Tak ingin ku pulang ke masa dulu..

Tuesday, April 01, 2008

Penderhakaan




Lihatlah betapa selambanya dua orang yang tidak pernah tahu adab dan adat orang-orang Melayu mempersendakan institusi Kesultanan Melayu.
Yang kurang tinggi tu adalah Sean Todt, bekas Ketua Eksekutif Team F1 Ferrari dan sekarang nie berpacaran dengan pelakon antarabangsa Malaysia, Dato' Michelle Yeoh. Manakala seorang lagi adalah pakcik kepada menantu PakLah, Patrick Lim..atau Patrick Badawi.
Kalau zaman dulu-dulu ni, dah boleh kena pancung dah..
Please be more sensitive and respect our King.

Thursday, March 27, 2008

Akhirnya

KUALA TERENGGANU: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.
Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

PUTRAJAYA: Pak Lah concedes another defeat

Idris Jusoh, say bye to the MB's office: -

The PM, who was granted an audience with the Agong before this morning's weekly Cabinet meeting, has agreed to the Palace's choice for MB, Ahmad Said.

Just last Sunday Abdullah said the appointment of anyone else except Idris Jusoh, which was his choice, would be unConstitutional.

Monday, March 24, 2008

Kami Nak Idris, Natang



Mungkin ayat dalam gambar nie agak kabur sebab aku ambik gambar ni pun dari Cari tapi gambar ini menunjukkan situasi di luar Istana di Negeri Hadhari semasa majlis penerimaan watikah lantikan Menteri Besar dilakukan.

Ayat di banner tersebut berbunyi "KAMI NAK IDRIS, NATANG!!!"

Mengikut bahasa di Negeri Hadhari ini, maksud perkataan "Natang" itu adalah "Binatang" . Tapi pada siapakah perkataan makian itu ditujukan?

Jika dikaitkan dengan kejadian yang berlaku, penyokong Parti Utama Kami Ini Melayu Ampu Kuat (PUKIMAK) sedang memprotes pelantikan MB baru Negeri Hadhari walhal calon MB ini datangnya dari parti mereka sendiri. Diceritakan juga oleh Pak Pandir, sebenarnya mereka menyokong MB yang lama untuk terus menjadi MB tetapi Sultan Negeri Hadhari tidak memperkenankannya.

Teruslah orang-orang penting (atau mempunyai kepentingan) di dalam PUKIMAK melenting dan mengeluarkan beberapa fatwa mereka sendiri dengan mengatakan Sultan tidak layak memilih MB nya tetapi yang berhak adalah rakyat (ataupun Perdana Menteri Negara Boleh).

Jadi adakah perkataan "natang" itu ditujukan kepada Baginda Sultan? Jika benarlah andaian ini, memang menderhaka lah ahli-ahli PUKIMAK ini yang kononnya berjuang untuk mendaulatkan orang-orang Melayu di bumi Boleh ini, tapi tahukan mereka Sultan adalah lambang kedaulatan orang Melayu?

Rukunegara baris Kedua mengatakan : Taat Kepada Tuhan, RAJA dan Negara. Begitu tingginya kedudukan Raja dalam institusi sosio-politik di negara Boleh ini tetapi dengan mudahnya dipermain-mainkan oleh PUKIMAK.

Adakah rahsia disebalik semua ini? Wallahualam...mungkin akan timbul hikmah disebalik kekabutan ini...InshaALLAH..

Kebenarannya adalah pada tanda 'koma' pada pernyataan tersebut..jika tiada 'koma' ayat itu akan berbunyi:

"KAMI MAHU IDRIS NATANG"

Hanya Natang layak memerintah Natang....

Hadhari oh Hadhari!!!!

Dua hari lepas, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) di sebuah negeri Hadhari telah membuat keputusan untuk memilih Menteri Besar nya selepas pilihanraya tamat dan membuat majlis penerimaan watikah bagi mengumumkan perkara tersebut secara terbuka. Namun, calon yang dipilih oleh MPPR ini bukanlah Menteri Besar Negeri Hadhari yang lama. Mungkin Sultan Negeri Hadhari yang merangkap Yang DiPertuan Agong di Negara Boleh sekarang ini sudah menyampah dengan Menteri Besar yang lama walaupun banyak acara-acara hiburan seperti "Perlumbaan Bot Mewah", "Masjid Silau Hadhari" dan khabarnya artis-artis di Negara Boleh sudah bebas keluar masuk di Negeri Hadhari itu sekarang. Namun, apa yang rakyat Negeri Hadhari dapat??? Duit hasil minyak yang ditukar nama kepada "Duit Belas Kasihan" sebanyak 1.2 Billion lesap begitu sahaja..

Namun, ex-Menteri Besar ini tidak berhenti disini sahaja. Walaupun mengeluarkan kenyataan dalam Berita di Ar tee Em, ti vi tiga suku menyatakan bahawa dia akan akur dengan apa-apa keputusan tapi selepas itu dia pergi berjumpa dengan Perdana Menteri Negara Boleh untuk meminta sokongan kononnya Perdana Menteri ini LAH yang paling tinggi darjatnya di Negara Boleh. Apa-apa yang arahan yang dikeluarkan dari mulutnya, wajib untuk diikuti walaupun jawatannya itu dilantik dari suara rakyat.

Oleh yang demikian, semua ahli Parti Utama Kami Ini Melayu Ampu Kuat (PUKIMAK) Cawangan Negeri Hadhari telah bersatu untuk menentang pelantikan MB baru ini dan PUKIMAK Induk pula telah mengugut untuk melucutkan jawatan serta keahlian PUKIMAK calon MB baru tersebut.

Tindakan PUKIMAK Negeri Hadhari yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu. Adakah PUKIMAK sedar bahawa Sultan adalah lambang kedaulatan orang Melayu?

Dahulunya PUKIMAK marah apabila Parti Ah Seng memulaukan keputusan Istana Ridzuan, malah, kita memaki-hamun Parti Ah Seng kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Negeri Hadhari keadaan terbalik pula, PUKIMAK sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka.

Sepatutnya PUKIMAK Cawangan Hadhari perlu mengambil iktibar dengan situasi yang berlaku pada ketika ini dan bukannya memalukan orang Melayu sebegini rupa. Hentikan perkara mengarut ini, jangan sampai rakyat hilang keyakinan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Friday, March 21, 2008

Emi Wardhiah



This pic taken at Education Fair in KLCC few month ago. My Melmel got an invitation by Vision College (if I'm not mistaken) to come and get 3-D scan for free..so this is the first view of our first child..
Its a comfirm 'she' and we already got her name ready when she open her eyes into this world..
How I can't wait to meet you... Emi Wardhiah..
To Mel-mel and Emi....I love both of you

I'm Back

Yahooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Blog ban has finally been removed and I'm back in this blogging world..I'm so happy today..lots of good things happen.

Today, my ministry had received a mysterious 8 page email about 'you know who' and its has been circulated among civil servant's top guns and of course the 'surat layang' King is also one of the recipient.. The story undoubt is the fastest story told in this Ministry..

So, my last word to 'You know Who'....GOODBYE!!!!

Sunday, March 09, 2008

The Day After Pilihanraya

Yup..yesterday everybody are busy asking each other "Oitt..sudah menggundi kaa??" (Have you cast out your vote yet?) but like I said before, I don't give a damn about myself going out voting.

Actually I lied. Not that I don't care about what happened in my country..but I'm too frustrated about this country's politic scenario..but again..I am wrong.

After all hard work from both BN's and the Opposition's, finally I see light in the end of the tunnel..

Anyway, BN still won though ... but with less majority... and 5 states have fallen to the opposition.. that's the price to pay when you're playing with the people's intellectuality...don't think we are dumb to let all these corruptions continues..

Just to say that I am happy with this year's Pilihanraya...maybe next time I'll go out voting and fulfil my responsibility to the country..

I'll continue later coz I'm in the rush. Maybe I'll update this frequently if my office's server didn't block blogger.com..till then..adios..

P/S: I still wonder why Terengganu's people still blind enough to see the light of hope..